JTDC MEGA KERJAYA MYFUTUREJOBS X PIS X MBPG 2025 BUKA TIRAI

JTDC Mega Kerjaya MyFutureJobs PIS x MBPG 2025 membuka peluang kerjaya kepada graduan dan pencari kerja serta menjadi platform majikan merekrut tenaga kerja tempatan. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#PasirGudang – JTDC Mega Kerjaya MYFutureJobs x PIS x MBPG 2025 menawarkan 751 jawatan kosong melibatkan pelbagai sektor termasuk perindustrian, perkhidmatan, teknologi, kejuruteraan dan pentadbiran bagi membantu rakyat khususnya graduan dan pencari kerja di negeri ini, mendapatkan peluang pekerjaan.

 

Karnival kerja terbesar pada tahun ini menghimpunkan 52 majikan atau syarikat terkemuka dan berlangsung di UTC Pasir Gudang itu merupakan insiatif Kerajaan Negeri melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) bersama, Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Johor, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) serta Johor Skills Development Centre (JSkills).

 

JTDC Mega Kerjaya MYFutureJobs x PIS x MBPG 2025 mensasarkan kehadiran 10,000 pengunjung terdiri pencari kerja untuk hadir temu duga serta merta bagi merebut peluang kerjaya bergaji premium selain menyediakan pameran jabatan dan agensi kerajaan serta institusi latihan dan pendidikan.

 

Di samping itu, keistimewaan karnival pada kali ini berlangsung selama tiga hari yang turut menyediakan khidmat nasihat kerjaya kepada graduan dan pencari kerja adalah pengisian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui JSkills serta pameran robotik daripada PIS.

 

JTDC Mega Kerjaya My FutureJobs PIS X MBPG 2025 bermula 24 hingga 26 Oktober ini, menyediakan platform kepada graduan dan pencari pekerja bagi mencipta serta merebut peluang kerjaya idaman selain membuka peluang untuk majikan atau syarikat merekrut tenaga kerja tempatan yang sesuai dengan jawatan ditawarkan.

 

#JohorSafeZone
#SMI
#JTDC
#MYFutureJobs
#KerjayaJohor
#PIS
#JSkills
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas