JOHOR YOUTH PATRIOT ASAH JATI DIRI ORANG MUDA JOHOR

YBhg. Tuan Haji Ts. Mohd Johari Tarmidi, Pengarah IDO merasmikan Majlis Penutup Program JYP Siri 2/2025 di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#JohorBahru – Latihan Johor Youth Patriot (JYP) 2025 terus membuktikan ia terus menjadi antara platform penting dalam membentuk jati diri, disiplin dan semangat kenegaraan khususnya dalam kalangan Orang Muda Johor.

 

Program yang diilhamkan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dengan sokongan penuh Kerajaan Negeri Johor itu dilaksanakan bagi memperkukuh lagi nilai jati diri dan semangat cintakan negeri, khususnya membabitkan golongan belia.

 

Menerusi penganjuran latihan JYP Siri 2/2025, seramai 28 peserta berjaya menamatkan program latihan tersebut dan bergelar Alumni JYP, sekali gus mengukuhkan peranan program itu susulan kejayaan pelaksanaan Siri 1 yang telah diadakan sebelum ini.

 

Keunikan JYP turut terserlah apabila para peserta dapat mengikuti Modul Eksklusif Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ), selain turut mendapat pendedahan secara langsung berkaitan aspek latihan ketenteraan serta sejarah Negeri Johor.

 

Program anjuran Kerajaan Negeri melalui Institut Dato’ Onn (IDO) itu berlangsung selama 11 hari bermula pada 14 hingga 24 hari ini, dengan penekanan diberikan kepada pembentukan kepimpinan diri secara berstruktur serta berfokus.

 

Terdahulu, YBhg. Tuan Haji Ts. Mohd Johari Tarmidi, Pengarah IDO hadir merasmikan Majlis Penutup Program JYP Siri 2/2025 di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, hari ini.

 

#JohorSafeZone
#JYPSiri2/2025
#IDO
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor