SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR KE-25 AKHIRI 31 TAHUN PERKHIDMATAN CEMERLANG

YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor ke-25 (paling kanan), diraikan dalam Majlis Titipan Kasih Seikhlas Kenangan pada Isnin lalu. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#JohorBahru – Selepas 31 tahun menabur bakti, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor ke-25 menamatkan perkhidmatan bersama Kerajaan Negeri berkuat kuasa 12 Februari lalu.

 

Memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 16 Jun 1995, beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di tujuh jabatan sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Johor pada 1 Julai 2025.

 

YB Dato’ Haji Asman Shah menzahirkan penghargaan kepada barisan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor dan seluruh penjawat awam negeri yang menjadi tunjang kekuatan pentadbiran sepanjang tempoh perkhidmatannya.

 

Selain itu, beliau turut menitipkan pesanan kepada warga perkhidmatan awam supaya sentiasa berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan memberikan yang terbaik demi kemajuan negeri.

 

Terdahulu, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman diraikan dalam Majlis Titipan Kasih Seikhlas Kenangan pada Isnin lalu.

 

Turut hadir, YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd. Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor; YB Dato’ Haji Mohd Noorazam Dato’ Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor serta barisan Pegawai Tadbir Negeri Johor.

 

#JohorSafeZone
#SetiausahaKerajaanJohor
#SUKJ25
#PegawaiTadbirNegeriJohor
#JCS
#TitipanKasihSeikhlasKenangan
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor