LEGO PERKENAL MODEL STADIUM SULTAN IBRAHIM DI LEGOLAND MALAYSIA RESORT

Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menunjukkan pas tahunan Legoland edisi khas Harimau Selatan.
#IskandarPuteri – Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang merupakan stadium milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sedang dibina menggunakan blok LEGO dan replika berskala mega ini bakal membuat penampilan di bahagian Miniland, Legoland Malaysia Resort, Iskandar Puteri.
Penambahan mercu tanda pelancongan negeri Johor yang dibina teliti daripada ribuan blok LEGO ini sememangnya menjadi satu pengiktirafan yang cukup bermakna buat penyokong JDT dan pastinya akan menjadi tarikan utama di Legoland yang menggabungkan elemen sukan tempatan dengan seni bina ikonik.
Bakal dilancarkan pada penghujung Jun 2026, kolaborasi Legoland Malaysia Resort dan JDT menawarkan pengalaman luar biasa dunia Lego yang berinspirasikan bola sepak kepada keluarga JDT.
Pas tahunan Legoland edisi khas Harimau Selatan juga akan dikeluarkan dengan pelbagai siri pengalaman eksklusif yang memfokuskan kepada penyokong bagi tujuan merapatkan peminat bola sepak tempatan dan juga peminat LEGO.
Pemegang pas bermusim JDT boleh menikmati diskaun sebanyak 35 peratus untuk tiket harian Legoland (1-Day Triple-Park) dan diskaun 15 peratus untuk pembelian makanan minuman di dalam taman tema tersebut.
Seterusnya, pemegang pas tahunan Legoland boleh nikmati potongan harga 10 peratus untuk pembelian pas bermusim JDT serta diskaun untuk barangan rasmi JDT.
Kerjasama strategik kedua-dua pihak telah memperkenalkan satu siri pengalaman yang memfokuskan peminat, sekali gus berjaya mencipta gelombang baharu dalam industri pelancongan sukan dan rekreasi.
#JohorSafeZone
#JohorDarulTazim
#LegolandMalaysia
#StadiumSultanIbrahim
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


