JDT JUARA PIALA MALAYSIA, JOHOR UMUM CUTI PERISTIWA 25 MEI

Kerajaan Johor mengisytiharkan Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia musim 2025/26 selepas menewaskan Kuching City FC 2-0 pada aksi final, atas perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor mengisytiharkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi Negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia musim 2025/26.
Pengisytiharan tersebut dibuat atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selepas JDT berjaya menewaskan Kuching City FC 2-0 dalam aksi final penuh bersemangat dan mendebarkan.
Kejayaan berkenaan sekali lagi membuktikan komitmen berterusan Johor dalam membangunkan institusi bola sepak moden dan bertaraf antarabangsa sehingga terus menjadi kebanggaan Bangsa Johor serta disegani di peringkat negara dan Asia.
Kerajaan Negeri juga menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor atas kepimpinan, visi dan usaha berterusan dalam memartabatkan bola sepak Johor sehingga JDT terus melakar pelbagai kejayaan yang amat membanggakan.
Kemenangan tersebut turut disifatkan sebagai hadiah istimewa buat seluruh Bangsa Johor dan penyokong setia JDT yang sentiasa berdiri teguh bersama pasukan dalam setiap perjuangan serta kejohanan yang disertai.
#JohorSafeZone
#TheTMJEffect
#WhatCanYouDo
#TheGameIsRigged
#JohorHomeOfChampions
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


