LEBIH 1,000 BAKUL KASIH JOHOR DISERAH KEPADA MASYARAKAT DI JOHOR JAYA DAN ULU TIRAM

Inisiatif Bakul Kasih Johor itu merupakan antara komitmen berterusan Kerajaan Johor dalam memastikan golongan yang memerlukan terus menerima bantuan dan sokongan sewajarnya tanpa mengira agama, bangsa serta latar belakang individu. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi

 

#IskandarPuteri – Lebih 1,000 penerima menerima manfaat menerusi Bantuan Bakul Kasih Johor (BKJ) yang disampaikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor kepada masyarakat di Johor Jaya dan Ulu Tiram dalam usaha Kerajaan Negeri untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

 

Penyerahan bantuan tersebut berlangsung sempena Majlis Sambutan Hari Ibu Bapa di Johor Jaya, selain ia turut melibatkan beberapa keluarga yang memerlukan ketika perasmian Dewan Kuil Sri Maha Muniswarar di Desa Cemerlang, Ulu Tiram.

 

Inisiatif Bakul Kasih Johor itu merupakan antara komitmen berterusan Kerajaan Johor dalam memastikan golongan yang memerlukan terus menerima bantuan dan sokongan sewajarnya tanpa mengira agama, bangsa serta latar belakang individu.

 

Pelaksanaan bantuan berkenaan juga memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal serta keluarga yang berdepan dengan tekanan kos sara hidup, sekali gus memastikan tiada rakyat Johor yang tercicir daripada menerima bantuan.

 

Kerajaan Johor akan terus memperkukuh agenda kesejahteraan rakyat menerusi pelbagai inisiatif berimpak tinggi bagi memastikan seluruh Bangsa Johor dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, inklusif dan makmur.

 

Untuk rekod, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan lebih RM30 juta bagi pelaksanaan Bakul Kasih Johor yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 550,000 keluarga di seluruh 56 Dewan Negeri Johor (DUN).

 

#JohorSafeZone
#BakulKasihJohor
#BangsaJohorSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor