172 CALON SAH BERTANDING REBUT 56 KERUSI DEWAN NEGERI JOHOR

Seramai 172 calon sah bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Negeri Johor selepas proses penamaan calon selesai diadakan tanpa sebarang pencalonan ditolak. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#IskandarPuteri – Seramai 172 calon disahkan bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Negeri Johor (DUN) selepas proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16 selesai dilaksanakan di 56 Pusat Penamaan Calon (PPC) di seluruh negeri, pagi tadi.

 

Tiada pencalonan ditolak sepanjang urusan penamaan calon berlangsung, sekali gus menyaksikan semua calon yang mengemukakan kertas pencalonan layak bertanding pada PRU DN Johor Ke-16 kali ini.

 

Sebanyak 14 kerusi menyaksikan pertandingan dua penjuru, 27 kerusi pertandingan tiga penjuru, 12 kerusi pertandingan empat penjuru serta tiga kerusi pertandingan lima penjuru.

 

Tempoh rasmi berkempen bermula sejurus selepas pengisytiharan pertandingan pada Hari Penamaan Calon dan akan berakhir pada jam 11.59 malam pada 10 Julai 2026, sebelum pengundian berlangsung pada 11 Julai 2026.

 

Maklumat itu diumumkan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada sidang media selepas selesai urusan Hari Penamaan Calon PRU DN Johor Ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

 

#JohorSafeZone
#PRUDNJohor16
#MehNgundi
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor