JOHOR TIGERS JULANG PIALA AGONG 2026

Pasukan ragbi Johor Tigers mengesahkan status sebagai kuasa besar ragbi negara apabila muncul juara Kejohanan Ragbi Piala Agong 2026 Edisi Ke-42 di Stadium UiTM Shah Alam.
Pasukan ragbi Johor Tigers mengukuhkan reputasi mereka sebagai kuasa besar ragbi negara apabila dinobatkan sebagai juara Kejohanan Ragbi Piala Agong 2026 Edisi Ke-42 selepas menewaskan pasukan Terengganu di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Johor yang ketinggalan 19-17 pada separuh masa pertama bangkit mempamerkan aksi luar biasa pada babak kedua untuk memastikan kemenangan memihak kepada mereka.
Skuad bimbingan Rodney So’oialo mendominasi keseluruhan aksi babak kedua untuk memastikan kemenangan bergaya 26-34, sekali gus menoktahkan penantian selama sembilan tahun untuk merangkul kembali piala berprestij tersebut sejak kali terakhir memenanginya pada 2017.
Aksi cemerlang Aqasha Daniel Irwan, pemain ‘fullback’ Johor Tigers menjadi watak penting dengan sepakan penentu yang tenang ditabalkan sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.
Terdahulu, YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam Dato’ Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor selalu Presiden Johor Tigers hadir menyaksikan perlawanan akhir di Stadium UiTM Shah Alam.
Tahniah Johor Tigers!
#JohorSafeZone
#JohorTigers
#PialaAgong2026
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



