JUDO JOHOR RANGKUL DUA PINGAT EMAS
Oleh: Farhan Khair Fawazul Khair

Kontinjen Johor membuka tirai pungutan pingat SUKMA XXII Selangor 2026 dengan meraih dua pingat emas dalam sukan Judo sebelum temasya rasmi bermula. | Foto MDJ Nazreen Aimie
#ShahAlam – Kontinjen Johor membuka tirai pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 selepas merangkul dua pingat emas awal sukan Judo sebelum temasya bermula secara rasmi.
Emas pertama diraih oleh Muhammad Nur Amin Mohd Faizal selepas menewaskan lawan dari Terengganu dalam acara Tidak Melebihi 55 Kilogram (KG) Lelaki yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.
Nur Amin meluahkan kesyukuran selepas segala perancangan dan persiapan berjalan dengan lancar serta membuahkan hasil.
“Enam tahun saya tunggu untuk momen ini kerana SUKMA kali ini adalah yang pertama dan terakhir untuk saya.
“Selepas sebulan berlatih di Taiwan, berada jauh dengan keluarga, terputus hubungan demi fokus sepenuhnya, akhirnya saya berasa puas dapat banggakan keluarga,” ujarnya.
Selain itu, Putera Muhammad Qaid Muaz Mohd Zallei, atlet Judo acara Tidak Melebihi 60KG Lelaki juga meraih pingat emas, hari ini.
Dorongan serta sokongan kedua ibu bapa memainkan peranan penting dalam kejayaan pingat emas yang diraih Qaid Muaz.
“Tanpa sokongan kedua ibu bapa yang sentiasa memahami pengorbanan saya sebagai seorang atlet, tidak mungkin saya berjaya hari ini. Pingat ini saya tujukan untuk mereka berdua,” ucap beliau.
Sukan Judo mempertandingkan 13 acara pingat dan masih berlangsung di IDCC Shah Alam sehingga 16 Ogos 2026.
Tahniah Johor!
#JohorSafeZone
#Fearless
#JudoJohor
#SukanMalaysia
#SUKMASelangor2026
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


