FOKUS, MENTAL KENTAL SENJATA ATLET JOHOR DI SUKMA

Fokus, kekuatan mental dan keberanian menjadi antara elemen penting yang perlu dimiliki atlet Johor ketika turun beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.
#ShahAlam – Fokus, kekuatan mental dan keberanian menjadi antara elemen penting yang perlu dimiliki atlet Johor ketika turun beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.
Ketiga-tiga aspek ini perlu menjadi keutamaan pada hari pertandingan selepas atlet menjalani rejimen latihan intensif dengan bimbingan jurulatih serta sokongan Majlis Sukan Negeri Johor.
Segala persiapan yang dilakukan perlu diterjemahkan menerusi prestasi terbaik di gelanggang bagi merealisasikan sasaran masing-masing, jelas Muhammad Farkhan Haron, Timbalan Ketua Kontinjen 2 SUKMA Johor.
Pemenang empat pingat emas SUKMA ini turut mengingatkan atlet yang masih belum bertanding supaya menghargai peluang mewakili negeri kerana mereka merupakan individu terpilih yang diberi kepercayaan membawa nama Johor.
Pentas SUKMA perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membuktikan kemampuan, mengharumkan nama negeri serta menjadi batu loncatan untuk mewakili negara pada masa hadapan.
Sementara itu, persediaan mental dan fizikal perlu diberi perhatian menjelang pertandingan termasuk memahami corak permainan lawan serta memastikan proses pemulihan badan berada pada tahap optimum, ujar Nurfariha Abdul Razak, Timbalan Ketua Kontinjen 3 SUKMA Johor.
Bekas atlet silat olahraga SUKMA ini turut menekankan aspek keberanian dalam membantu atlet mengawal rasa gementar dan takut ketika berdepan lawan.
#SUKMAXXII
#Selangor2026
#KontinjenJohor
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



