KERJASAMA JOHOR-SINGAPURA PERKASA BAKAT DAN KEUPAYAAN INSTITUSI

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, mengadakan pertemuan bersama Tuan Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Singapura dalam rangka lawatan kerja ke Singapura bagi bertukar pandangan mengenai hubungan Johor-Singapura serta perkembangan serantau dan global. | Foto FB Onn Hafiz
#IskandarPuteri – Kerjasama antara Johor-Singapura terus diperkukuh khususnya dalam pembangunan bakat dan keupayaan institusi bagi memastikan Johor sentiasa mempunyai sumber manusia yang bersedia menghadapi tuntutan masa hadapan.
Kerjasama tersebut merangkumi program pembangunan penjawat awam melalui Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) bersama Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew.
Dalam bidang pendidikan pula, latihan kepada guru Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) bersama Institut Pendidikan Nasional (NIE) juga akan menjadi antara usaha penting dalam memperkukuh keupayaan tenaga pengajar serta membawa masuk ilmu dan amalan terbaik untuk diterapkan di Johor.
Perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman antara institusi Johor dan Singapura ini turut memberi ruang kepada penjawat awam serta warga pendidik untuk meningkatkan keupayaan masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Usaha pembangunan bakat ini penting bagi memastikan pertumbuhan Johor bergerak seiring dengan peningkatan keupayaan sumber manusia, khususnya dalam menghadapi perubahan ekonomi, teknologi dan keperluan masa hadapan.
Kerjasama tersebut turut memperkukuh hubungan antara Johor dan Singapura yang telah lama terbina melalui pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan, pembangunan bakat serta hubungan antara rakyat.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, mengadakan pertemuan bersama Tuan Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Singapura dalam rangka lawatan kerja ke Singapura bagi bertukar pandangan mengenai hubungan Johor-Singapura serta perkembangan serantau dan global.
#JohorSafeZone
#JohorHomeOfChampions
#Johor-Singapura
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


