PROJEK INFRASTRUKTUR ASAS GENERASI KEDUA FELDA AYER HITAM BERMULA
Oleh: Suhana Ariffin

YB Tuan Haji Md Israk Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor meninjau pelaksanaan Projek Infrastruktur Asas Generasi Kedua (Rancangan Felda Ayer Hitam). | Foto FB Israk Abdullah
#BatuPahat – Penduduk khususnya generasi kedua di FELDA Ayer Hitam kini boleh menarik nafas lega apabila Projek Infrastruktur Asas Generasi Kedua bagi Rancangan FELDA Ayer Hitam telah mula dilaksanakan sejak 2 Oktober lalu, sebagai usaha Kerajaan Johor dalam memperkukuh penyediaan kemudahan asas untuk kesejahteraan warga tanah rancangan terbabit.
Pelaksanaan projek tersebut yang bernilai kira-kira RM2 juta itu dijangka bakal memberi manfaat kepada lebih 50 keluarga menerusi pembinaan 816 meter jalan berturap serta 841 meter saliran longkang yang melibatkan tiga zon utama.
Langkah ini juga secara tidak langsung mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dalam memastikan setiap keperluan infrastruktur asas masyarakat FELDA terus diberi perhatian, terutama dalam menyediakan persekitaran kediaman yang lebih baik, selesa dan sejahtera.
Selain itu, projek tersebut yang dijadualkan siap sepenuhnya pada 28 Februari 2027 diharapkan dapat memberi manfaat kepada penduduk FELDA berkenaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Inisiatif berkenaan juga menjadi sebahagian daripada antara usaha penyediaan infrastruktur asas bagi Generasi Kedua FELDA, sekali gus dapat merealisasikan harapan warga tanah rancangan berkenaan yang sememangnya menantikan kemudahan terbabit sejak sekian lama.
Terdahulu, YB Tuan Haji Md Israk Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor meninjau pelaksanaan Projek Infrastruktur Asas Generasi Kedua (Rancangan Felda Ayer Hitam).
#JohorSafeZone
#FELDA
#INFRA
#SegalanyaFELDA
#AyerHitam
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


