PIJ SUMBANG MESIN DIALISIS BANTU TINGKATKAN AKSES RAWATAN DI SENGGARANG

YB Tuan Haji Mohd Fared Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merasmikan Pusat Dialisis PIJ Cawangan Senggarang di Batu Pahat.
#BatuPahat – Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Islam Johor (PIJ) terus memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan dengan menyediakan enam mesin hemodialisis untuk kegunaan pesakit di Pusat Dialisis PIJ Cawangan Senggarang, Batu Pahat.
Inisiatif dengan kerjasama Insist Amilat Sdn. Bhd. ini memperkukuh kemudahan rawatan hemodialisis khususnya bagi pesakit buah pinggang di kawasan berkenaan yang memerlukan rawatan secara berkala.
Penyediaan kemudahan tersebut turut melengkapkan rangkaian Pusat Dialisis PIJ yang kini beroperasi di tiga lokasi iaitu Cawangan Ayer Hitam dengan 20 mesin dialisis, Cawangan Taman Kota Masai (24) dan Cawangan Senggarang (6).
Kemudahan berkenaan sekali gus membantu pesakit mendapatkan rawatan secara lebih mudah dan berdekatan selain meringankan beban mereka serta keluarga terutama daripada aspek perjalanan bagi menjalani rawatan berkala.
Pada majlis sama, sumbangan kotak makanan turut disampaikan kepada 50 penerima terdiri daripada golongan asnaf dan fakir miskin sebagai sebahagian usaha membantu meringankan beban golongan memerlukan di kawasan berkenaan.
Terdahulu, YB Tuan Haji Mohd Fared Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merasmikan Pusat Dialisis PIJ Cawangan Senggarang di Batu Pahat.
#JohorSafeZone
#PIJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



