KARYA SENI RAJA PERMAISURI AGONG DIABADIKAN MENERUSI ‘BEG RUMAH KAMPUNG’

Koleksi berkenaan menampilkan lukisan bertemakan ‘Balik Kampung’ yang diinspirasikan daripada kenangan zaman kanak-kanak Seri Paduka Baginda terhadap suasana perkampungan, selain turut mengangkat nilai warisan kebudayaan masyarakat Malaysia. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#JohorBahru – Karya seni lukisan hasil sentuhan peribadi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah kini diabadikan menerusi koleksi eksklusif edisi terhad ‘Royal Johor Art By RZS’ – Beg Rumah Kampung.
Koleksi berkenaan menampilkan lukisan bertemakan ‘Balik Kampung’ yang diinspirasikan daripada kenangan zaman kanak-kanak Seri Paduka Baginda terhadap suasana perkampungan, selain turut mengangkat nilai warisan kebudayaan masyarakat Malaysia.
Dihasilkan dalam kuantiti terhad, Beg Rumah Kampung bukan sahaja mengetengahkan karya seni eksklusif, malah menjadi medium untuk masyarakat menghargai citra seni, cerita dan warisan kebudayaan negara yang pelbagai.
Sebahagian hasil jualan koleksi berkenaan akan disalurkan kepada pelbagai program Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ), terutama dalam bidang pendidikan, kesihatan dan kebajikan sosial bagi memberi manfaat serta sokongan berterusan kepada golongan yang memerlukan.
Koleksi edisi terhad itu akan mula ditawarkan kepada orang ramai mulai 20 September ini menerusi saluran media sosial rasmi YRZSNJ serta secara fizikal di The Johor Collection Souvenir Centre, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar dan Vamos Café, Johor Bahru.
Terdahulu, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat merasmikan Karnival Hari Keluarga Johor di Dataran Bandaraya Johor Bahru, hari ini.
Berangkat sama mengiringi Raja Permaisuri Agong ialah YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim.
#JohorSafeZone
#RoyalJohorArt
#BegRumahKampung
#HariKeluargaJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


