PROJEK LRA SEMANGAR CATAT KEMAJUAN 57.68 PERATUS

YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, meninjau kemajuan pelaksanaan projek berkenaan bagi memastikan kerja pembinaan, penyelarasan teknikal, perolehan bahan dan peralatan serta tahap kesiapsiagaan di tapak berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. | Foto FB Fazli Salleh
#IskandarPuteri – Projek Pembinaan Loji Pakej Berkapasiti 50 Juta Liter Sehari (JLH) di Loji Rawatan Air (LRA) Semangar kini mencatatkan kemajuan fizikal sebenar sebanyak 57.68 peratus setakat 15 September 2026, mengatasi kemajuan yang dijadualkan sebanyak 57.10 peratus.
Kemajuan projek bernilai kira-kira RM74.95 juta itu mendahului jadual sebanyak 0.58 peratus dan dijadualkan siap pada 10 Januari 2027.
Projek berkenaan dilaksanakan bagi menambah kapasiti penghasilan air terawat, khususnya untuk memenuhi peningkatan permintaan pengguna di kawasan Sedenak, Kulai, Senai dan Johor Bahru.
Penambahan kapasiti air terawat itu dijangka membantu memastikan bekalan air yang lebih stabil dan mencukupi kepada penduduk, di samping menyokong keperluan pembangunan industri di kawasan terlibat.
Kerajaan Johor akan terus memberi keutamaan terhadap aspek sekuriti dan kebolehpercayaan bekalan air menerusi pembangunan infrastruktur yang dapat menyokong pertumbuhan negeri serta kesejahteraan rakyat.
Terdahulu, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, meninjau kemajuan pelaksanaan projek berkenaan bagi memastikan kerja pembinaan, penyelarasan teknikal, perolehan bahan dan peralatan serta tahap kesiapsiagaan di tapak berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
#JohorSafeZone
#LRASemangar
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


