JDT+ PLATFORM KEAHLIAN PREMIUM UNTUK PENYOKONG

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memperkenalkan platform keahlian berbayar JDT+ yang menawarkan kandungan premium eksklusif termasuk dokumentari UNTAMED mengenai visi kepimpinan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dalam membentuk JDT sebagai antara kuasa bola sepak utama di Asia Tenggara. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#IskandarPuteri – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke hadapan dengan mengumumkan sebuah platform keahlian berbayar JDT+ yang menyajikan kandungan asli premium mengikut musim.
Pelbagai kandungan bakal ditayangkan di platform JDT+ termasuk kandungan di belakang tabir kelab hasil terbitan JDT TV serta produksi eksklusif untuk penyokong.
Sebuah dokumentari istimewa UNTAMED berdurasi 76 minit menjadi kandungan pertama JDT+ bakal ditayangkan mulai hari pelancaran.
Dokumentari UNTAMED berkisarkan tentang visi kepimpinan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang telah membentuk semula identiti kelab sehingga menjadi salah sebuah kuasa bola sepak paling digeruni di Asia Tenggara.
Selain itu, JDT+ turut menampilkan OUTBOUND, sebuah siri dokumentari tahunan yang menceritakan kisah pengorbanan dan penat lelah sepanjang kempen JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).
Harga serta pelan keahlian JDT+ akan diumumkan secara rasmi semasa sesi pelancaran pada 22 Oktober 2026 menerusi laman web rasmi jdtplus.com.
Luaskan Kuasamu Johor!
#JohorSafeZone
#JDT+
#TheTMJeffect
#WeAreAMovement
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



