PASAR AWAM KLUANG KINI BERWAJAH BAHARU

Ruang dan persekitaran pasar yang lebih kemas juga membantu mewujudkan suasana yang lebih teratur, sekali gus memberikan pengalaman yang lebih selesa kepada masyarakat ketika mendapatkan keperluan harian. | Foto MPK
#IskandarPuteri – Pasar Awam Kluang kini tampil dengan wajah yang lebih ceria, kemas dan selesa hasil usaha berterusan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dalam menambah baik kemudahan awam demi manfaat masyarakat di daerah berkenaan.
Penambahbaikan dan pembaharuan yang dilaksanakan itu melibatkan kerja-kerja menurap jalan dan kawasan parkir, mengecat bahagian luar bangunan pasar serta beberapa kerja lain berkaitan bagi memperkemas persekitaran pasar awam berkenaan.
Kemudahan berkenaan yang telah dibina sejak tahun 1985 itu bukan sekadar diberi perubahan dari segi penampilan semata-mata, sebaliknya usaha MPK ini turut memberi perhatian kepada aspek keselesaan dan kemudahan peniaga serta pengunjung yang menggunakan pasar berkenaan setiap hari.
Ruang dan persekitaran pasar yang lebih kemas juga membantu mewujudkan suasana yang lebih teratur, sekali gus memberikan pengalaman yang lebih selesa kepada masyarakat ketika mendapatkan keperluan harian.
Sebagai salah satu lokasi tumpuan masyarakat mendapatkan barangan keperluan harian, Pasar Awam Kluang turut memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian komuniti setempat.
Justeru, penyelenggaraan secara berterusan oleh MPK mencerminkan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam memastikan kemudahan awam kekal selesa, bersih, selamat dan berfungsi dengan baik untuk dinikmati masyarakat.
#JohorSafeZone
#PasarAwamKluang
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


