PREFCHEM KILANG PETROKIMIA TERBESAR PERTAMA ASEAN PEROLEH SIJIL HALAL

Kejayaan itu sebahagian daripada Hala Tuju Strategik 1: Memperkasa Sistem dan Proses Pensijilan Halal Negeri Johor di bawah Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 (PKHNJ). | Foto Aisyah Mazalan
#Pengerang – Usaha Kerajaan Johor memperluas ekosistem halal ke sektor industri strategik terus membuahkan hasil apabila Pengerang Petrochemical Company Sdn. Bhd. (PRefChem) kini berjaya menjadi kilang pemprosesan petrokimia terbesar pertama di ASEAN yang memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Usaha memperoleh sijil pengesahan halal ini dilaksanakan menerusi program fasilitasi pensijilan halal oleh Johor Halal Development Corporation (JHDC), sekali gus mencipta pencapaian baharu kepada Negeri Johor dalam memperkukuh kedudukannya sebagai antara peneraju ekosistem halal negara.
Pencapaian ini membuktikan bahawa agenda halal kini tidak lagi terhad kepada sektor makanan dan minuman semata-mata, sebaliknya ia kini turut merangkumi industri strategik bernilai tinggi seperti petrokimia yang menjadi sebahagian penting dalam rantaian bekalan di pelbagai sektor.
PRefChem yang beroperasi di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) menghasilkan produk petrokimia penting kepada pelbagai rantaian industri antaranya polimer seperti polyethylene dan polypropylene serta produk glikol.
Pensijilan halal yang diperoleh ini secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada operasi syarikat, khususnya dalam meningkatkan keyakinan pelanggan dan rakan niaga serta membuka ruang kepada pasaran yang mempunyai keperluan halal.
Kejayaan itu sebahagian daripada Hala Tuju Strategik 1: Memperkasa Sistem dan Proses Pensijilan Halal Negeri Johor di bawah Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 (PKHNJ) yang memberi tumpuan kepada peningkatan bilangan syarikat yang memperoleh sijil halal serta memperkukuh daya saing industri halal negeri.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor hadir ke Majlis Penyerahan Sijil Halal PRefChem di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), hari ini.
#JohorSafeZone
#PRefchem
#SijilHalal
#PKHNJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


