Artikel oleh Nur Adlina Syahirah Mohd Nazri

SPR UMUM KEPUTUSAN PRK PULAI DAN SIMPANG JERAM

  Persoalan siapa yang akan mengisi kekosongan kerusi di Parlimen P.161 Pulai dan Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram akhirnya terjawab selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan rasmi bagi kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut.   Pakatan Harapan (PH) menerusi calonnya, Suhaizan Kaiat memenangi kerusi P.161 Pulai dengan jumlah undi 48,283 dan majoriti sebanyak 18,641 […]

JANGAN BERMAIN DENGAN HUKUM AGAMA

  Tiada siapa atau pihak sama ada secara peribadi atau mewakili mana-mana pertubuhan di negeri ini, layak dan berhak serta berkuasa menetapkan atau mengeluarkan atau mengumumkan sebarang hukum dan fatwa di dalam urusan beragama selain daripada ketetapan sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.   Fatwa yang merupakan jawapan hukum agama bagi pelbagai situasi […]

ISI BORANG, BUAT SEMAKAN AWAL : SPR

  ISKANDAR PUTERI — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyarankan bakal calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram agar mengisi borang serta membuat semakan awal bagi melancarkan proses penamaan calon pada 26 Ogos ini.   Setiausaha SPR, Dato’ Indera Ikmalrudin Ishak berkata, semakan awal itu boleh dibuat dengan Pejabat Pegawai Pengurus berkenaan […]

KEJOHANAN JUDO REMAJA KEBANGSAAN KE-26 TUTUP TIRAI

  JOHOR BAHRU — Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-26 Tahun 2023 berlangsung di Plaza Pelangi, di sini, menutup tirainya dengan kontinjen Terengganu merangkul gelaran juara.   Penganjuran kali ini menyaksikan Negeri Johor diberikan penghormatan selaku tuan rumah bagi acara yang menghimpunkan kontinjen negeri-negeri.   Berlangsung selama dua hari, kejohanan berkenaan menyaksikan penyertaan kira-kira 500 atlet […]

PENERIMA BANTUAN YSIJ SYUKUR TERIMA SUMBANGAN

  KULAI — Seorang penerima bantuan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) merakamkan kesyukuran atas sumbangan diterima sempena Kembara Mahkota Johor 2023.   Abdul Karim Wan Mohamad, 63, yang menghidap Myasthenia Gravis merupakan salah seorang daripada lima enerima bantuan YSIJ disampaikan YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim di Kompleks Penghulu Mukim […]

KUIH GANDOS SAJIAN TRADISI MASYARAKAT JAWA

    MUAR — Rasa enak jika dimakan bersama sambal tumis atau sambal hijau, kuih gandos terus menjadi sajian istimewa masyarakat Jawa turun temurun.   Kuih tradisi diperbuat daripada tepung gandum atau tepung beras berserta garam, kelapa parut, air itu menjadi perhatian dalam Kembara Mahkota Johor 2023.   Pembuatan kuih gandos diberikan tempat untuk dipersembahkan […]

2,023 BETTA PERSEPHONE DILEPASKAN

  MUAR — Sebanyak 2,023 ekor ikan Betta Persephone dilepaskan di tapak konservasi ikan di Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara sempena Kembara Mahkota Johor 2023.   Terdahulu, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah berkenan menerima taklimat dan menyempurnakan pelepasan ikan laga berkenaan di lokasi itu.   Pengarah Perikanan Negeri Johor, […]

SPESIS BAHARU PERIUK KERA DINAMAKAN SEMPENA NAMA SULTAN JOHOR

  MUAR — Spesis baharu periuk kera ditemui di Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara, di sini, secara rasmi dinamakan Nepenthes x sultan-ibrahimii sempena nama DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.   Pengarah Perhutanan Negeri Johor, Dato’ Salim Aman berkata, nama baharu bagi periuk kera spesis ‘cross hibrid’ antara Nepenthes Mirabilis dan […]

TERPESONA DENGAN KESANTUNAN PUTERA SULTAN JOHOR

    KLUANG — Menyahut permintaan Putera Sultan Johor melakukan demonstrasi sukan memanah tradisional menjadi kenangan tidak akan dilupakan buat Qhidir Fiqri Shah Ahmad Shah, 33.   Beliau yang juga Timbalan Presiden Kelab Sukan Memanah Tradisional Kluang (KOMTRA) akui berasa gemuruh apabila diminta untuk berbuat sedemikian.   “Tunku (Panglima Johor) secara spontan meminta untuk menunjukkan […]

DEMONSTRASI KUTIP BENIH POKOK HUTAN TARIKAN DI SUNGAI BANTANG

  SEGAMAT — Taman Eko Rimba Sungai Bantang, dekat Labis, di sini, menjadi destinasi ketiga dikunjungi rombongan Kembara Mahkota Johor 2023 bagi hari kedua.   DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mengetuai rombongan berkenan untuk berangkat ke lokasi berkenaan.   Berangkat sama, YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni […]