Entries by Mohamad Nur Ariff Nasseem Mohd Murad

SEMANGAT ‘RIDER’ SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN

  Kakitangan syarikat p-hailing memainkan peranan sebagai ‘duta kecil’ bagi menerap dan menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan masyarakat sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024. Semangat kemerdekaan bukan hanya untuk penjawat awam atau badan bukan kerajaan, tetapi turut disemarakkan oleh komuniti p-hailing yang menjadi agen menyemarakkan patriotisme kepada masyarakat. Pengurus Foodpanda Cawangan Selatan, Mohd Faizal Rahmat, […]

INISIATIF MyUBAT KURANGKAN KESESAKAN DI HOSPITAL

  Kerajaan Johor memperuntukkan RM900,000 untuk menggerakkan inisiatif penghantaran ubat melalui pos, MyUBAT PosLaju bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru bermula 1 Ogos lalu. Inisiatif dibentangkan dalam Belanjawan Johor 2024 itu menyasarkan 160,000 bungkusan dibekalkan bagi memudahkan pesakit mendapatkan ubat-ubatan tanpa perlu hadir ke hospital, sekali […]

SORAKAN ‘LUASKAN KUASAMU’ TONIK TAMBAHAN PEMAIN JDT

    Penyokong kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka menjelang perlawanan akhir Piala FA 2024 menentang Selangor FC yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam esok. Sebagai pemain ke-12, Mohamad Idham Khalil, 24, berkongsi keyakinan pasukan kesayangannya akan sekali lagi mempamer aksi terbaik di pentas […]

KERAJAAN JOHOR PERKASA PENGANGKUTAN AWAM MENERUSI BMJ

  Kerajaan Johor terus memperkukuh perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) sebagai tonggak utama dalam menyediakan pengangkutan awam yang efisien dan menyeluruh kepada rakyat di seluruh Negeri Johor.   Di bawah pengurusan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), BMJ telah memberikan pelbagai manfaat terutama kepada golongan berpendapatan rendah yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam ini.   Sehingga […]

KERAJAAN JOHOR PEDULI PEMBANGUNAN MASYARAKAT ORANG ASLI

  Kebajikan dan pembangunan Orang Asli di Johor terus diberi tumpuan sewajarnya oleh Kerajaan Negeri menerusi peruntukan signifikan disediakan bagi menjaga lingkungan semula jadi kumpulan masyarakat ini.   Usaha dan keprihatinan Kerajaan Johor dizahirkan menerusi peruntukan berjumlah RM8.3 juta daripada pelbagai agensi dan jabatan merangkumi iltizam bagi menyokong pelbagai program pembangunan komuniti untuk manfaat lebih […]

JSDEAF SASAR RM500,000 SEMPENA ‘BIM RIDE AND FUN 2024’

  Kutipan sebanyak RM500,000 disasarkan oleh Persatuan Sukan Orang Pekak Johor (JSDeaf) pada karnival ‘BIM Ride & Run 2024’ yang akan berlangsung di Sunway Bigbox Hotel, Iskandar Puteri dari 27 hingga 29 September 2024.   Chan Kok Seng, Presiden JSDeaf memaklumkan ianya bagi menampung perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan JSDeaf termasuk memperkukuhkan sokongan terhadap pembangunan atlet, […]

YSF24: SATU DEKLARASI PERKUKUH PERANAN BELIA

    Forum Kemampanan Belia 2024 (YSF24), anjuran Kelab Belia Prihatin dengan kerjasama Pusat Kelestarian Johor (JSC) dan Kerajaan Johor melabuhkan tirainya, hari ini, berjaya memberikan manfaat signifikan kepada delegasi ASEAN dalam mengangkat agenda kemampanan dan kelestarian.   Sepanjang lima hari forum berlangsung, Presiden Kelab Belia Prihatin, Luqman Hakim Md Zim, menyatakan bahawa YSF24 berjaya […]

EMPAT PELAJAR ORANG ASLI JADI ANAK ANGKAT MENTERI BESAR JOHOR

  Empat pelajar Orang Asli dari Kampung Orang Asli Sungai Layau, Kota Tinggi menerima berita gembira apabila dipilih menjadi anak angkat di bawah Pejabat Menteri Besar Johor, susulan kejayaan memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023/2024, baru-baru ini.   Kesemua mereka adalah Muhamammad Adam Naufal Mohd Nasir yang meraih 11A, Nur Aqilah […]

SENTIASA AWASI PERGERAKAN AHLI KELUARGA

  Kes orang hilang sehingga terdapat insiden berakhir dengan kehilangan nyawa yang berlaku sehingga menimbulkan keresahan masyarakat kebelakangan ini, turut mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri.   Peka dengan kejadian yang berlaku terutama ke atas golongan remaja dan kanak-kanak masih di bangku persekolahan, YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menegaskan Kerajaan Negeri […]

JOHOR PERSIAP GENERASI MUDA JAYAKAN AGENDA KELESTARIAN

  Kerajaan Johor terus memperkasa agenda kelestarian dengan menjadikan Forum Kemampanan Belia 2024 (YSF 2024) sebagai medan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tindakan proaktif terhadap isu kemampanan dalam kalangan belia.   Penganjuran YSF 2024 di Johor juga menterjemah usaha Kerajaan Negeri bagi merangka hala tuju jelas mendepani isu perubahan iklim tanpa melupakan peranan signifikan dimainkan golongan […]