PERUNTUKAN TAMBAHAN RM56 JUTA BUKTI KESUNGGUHAN AGENDA BANDAR PINTAR JOHOR

  #JohorBahru – Kesungguhan Kerajaan Johor dalam usaha menjayakan agenda Bandar Pintar sekali lagi dizahirkan apabila sebanyak RM56 juta peruntukan tambahan bakal disalurkan kepada 16 pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri ini pada tahun depan.   Ia sekali gus menjadikan jumlah peruntukan bagi pembangunan inisiatif Bandar Pintar Johor kini mencecah sebanyak RM156 juta sejak ia […]

FOKUS SELESAI ISU RAKYAT SECARA TUNTAS DAN SEGERA

  #Kluang – Kerajaan Negeri komited melaksanakan pelbagai inisiatif secara bersepadu bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat di daerah Kluang secara tuntas dan segera seperti isu konflik hidupan liar, banjir dan hakisan tanah.   Antara inisiatif berkenaan adalah projek baik pulih parit gajah serta pemasangan lampu solar dan pagar elektrik melibatkan peruntukan RM500,000 selain mewujudkan […]

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR MULAKAN LAWATAN KE SELURUH DAERAH

  #JohorBahru – YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor memulakan lawatan kerja ke daerah-daerah selama empat hari bermula hari ini, bagi merapatkan dan memperkukuhkan lagi hubungan bersama penjawat awam di negeri ini.   Pengisian lawatan kerja bermula dengan penyerahan geran bantuan berjumlah RM75,000 kepada YBhg. Encik Mohd Masni Wakiman, Pegawai […]

JOHOR UNGGULI PERUJIAN MEMBACA BARZANJI

  #JohorBahru – Johor mengungguli Majlis Perujian Membaca Barzanji Jemputan Negeri Johor sempena Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) selepas dinobatkan selaku Johan dan Naib Johan untuk kategori lelaki manakala naib johan dan tempat ketiga bagi kategori perempuan.   Kejayaan tersebut menyerlahkan bakat peserta Johor yang turut mengangkat seni warisan Islam itu […]

ECERDC SOKONG HASRAT JOHOR JADI HAB MAKANAN NEGARA

  #Mersing – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) memberi sokongan penuh kepada usaha Kerajaan Negeri Johor untuk muncul sebagai hab makanan di negara ini.   Ia termasuk usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam memperkasakan beberapa projek pertanian yang kini sedang giat dilaksanakan di sebelah Johor Timur termasuk Projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV), […]

JDV ANGKAT MERSING SEBAGAI LEMBAH TENUSU JOHOR

  #Mersing – Projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) dijangka menerima kemasukan lembu tenusu dari Australia secara berperingkat dan beroperasi bermula Oktober ini, yang membuka fasa baharu pembangunan industri tenusu Johor.   Bakal mengangkat Mersing sebagai lembah tenusu Johor, inisiatif itu juga akan menjadikan daerah berkenaan sebagai hab pengeluaran susu segar berdaya saing dan mampu memberi […]

JOHOR TIDAK KOMPROMI PEMBURUAN HARAM HARIMAU BELANG

  #JohorBahru – Kerajaan Johor tidak kompromi terhadap sebarang aktiviti pemburuan haram yang mengancam kelestarian spesies Harimau Belang (Panthera Tigris Jacksoni), khazanah negara amat bernilai dan dilindungi sepenuhnya.   Usaha penguatkuasaan undang-undang, meningkatkan risikan dan pemantauan di kawasan berisiko akan diperkukuhkan untuk membanteras pemburuan serta perdagangan hidupan liar, jelas YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi […]

AKADEMI JCS DAN UKM METERAI MOU PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

  #IskandarPuteri – Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) melakar sejarah baharu selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Kajian Etnik (KITA). Pemeteraian MoU ini secara rasmi mengangkat KITA-UKM sebagai salah satu rakan strategik akademik APTNJ dalam memperkukuh hubungan antara dunia akademia dan perkhidmatan tadbir negeri.   Kerjasama dua pihak […]

JOJ DUN SEROM BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN TERHADAP RAKYAT

  #Tangkak – Bukan hanya menjadi platform penghubung ukhwah antara kerajaan dan masyarakat tetapi Karnival Jelajah Orang Johor (JOJ) bagi kawasan Dewan Negeri (DUN) Serom turut menjadi bukti dedikasi Kerajaan Negeri Johor dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya dari aspek pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan komuniti setempat.   Keprihatinan itu terserlah apabila Karnival JOJ DUN Serom 2025 […]

PM PUJI PERTUMBUHAN POSITIF EKONOMI JOHOR, PULANG HASIL KEPADA RAKYAT

  #IskandarPuteri – Pertumbuhan positif dan pesat ekonomi Johor mendapat pujian YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri sambil menyifatkan perkembangan tersebut permulaan baik bagi memastikan hasil diraih negeri dapat dinikmati oleh rakyat.   Kerajaan Negeri dilihat bukan sahaja komited menggerakkan kemajuan ekonomi malah turut bersungguh untuk menyeimbangkan pembangunan dengan nilai kemanusiaan melalui inisiatif seperti […]