HAMPIR 3,000 PESERTA MERIAHKAN LARIAN MAPPA XX WILAYAH SELATAN

  #IskandarPuteri – Hampir 3,000 peserta membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru bagi menjayakan program Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-20 Wilayah Selatan Tahun 2025 yang julung kali dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan (IKWAS).   Acara penutup siri Larian MAPPA 2025 ini bukan sekadar […]

PENGERANG SEBAGAI PUSAT INDUSTRI TENAGA HIJAU

  #IskandarPuteri – Pengerang bakal terus berkembang pesat sebagai pusat industri tenaga hijau menerusi perancangan projek pembangunan baharu oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) melibatkan pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) dan Minyak Sayuran Rawatan Hidro (HVO) – diesel boleh diperbaharui.   Akan dibangunkan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), loji penapisan minyak bio itu melibatkan kerjasama […]

JOHOR TUBUH JAWATANKUASA KHAS PERANGI BULI DI SEKOLAH

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membendung isu buli yang semakin menular dalam kalangan pelajar dan membimbangkan daripada menjadi parah.   Jawatankuasa khas dengan kerjasama erat oleh jabatan dan agensi berkaitan itu akan bertindak sebagai platform penyelarasan bagi semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa, […]

JOHOR MENUJU KUASA BESAR PUSAT DATA NEGARA

  #IskandarPuteri – Johor meluluskan 42 projek bernilai RM164.45 bilion setakat suku kedua tahun 2025 menyumbang 78.6 peratus kapasiti operasi teknologi maklumat (IT) sekali gus berada di barisan hadapan industri pusat data negara.   Menerusi perkembangan tersebut, Johor terus giat mengatur langkah untuk muncul destinasi utama teknologi digital dan inovasi serantau dengan sasaran menempatkan 60 […]

JOHOR PERTAMA GUNA APLIKASI eCOSS MINYAK MASAK SUBSIDI

  #IskandarPuteri – Johor menjadi negeri pertama memulakan penjualan minyak masak paket bersubsidi yang direkod menggunakan aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) di 29 lokasi Point of Sales (PoS) di bawah fasa kedua Program Agihan Minyak Masak Bersubsidi.   Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor itu menandakan peluasan […]

KETUA KAMPUNG BAKAL DIBERIKAN TAULIAH SEBAGAI AMIL

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri terus komited dalam memperkasa peranan ketua kampung termasuk memberikan tauliah sebagai Amil mulai September ini, bagi memantapkan lagi ekosistem pengurusan dan agihan zakat di peringkat kampung.   Pemerkasaan melibatkan lebih 800 ketua kampung di seluruh Johor itu untuk memastikan rakyat khususnya golongan asnaf dapat mengakses maklumat dan memohon bantuan zakat […]

KERJASAMA JOHOR-SAITAMA PACU AGENDA KELESTARIAN DAN RENDAH KARBON

  #IskandarPuteri – Pusat Kelestarian Johor (JSC) berhasrat mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membangunkan pusat pembelajaran berkonsepkan rendah karbon di Hutan Bandar Johor Bahru melibatkan kerjasama strategik dengan bandar raya Saitama, Jepun.   Cadangan yang memacu pembangunan hab rendah karbon menampilkan elemen mesra alam dan teknologi hijau itu berdasarkan potensi kawasan rekreasi awam di bawah […]

JOHOR NEGERI PERTAMA GUNA TEKNOLOGI AIR TERAWAT UNTUK INDUSTRI PUSAT DATA

  #JohorBahru – Johor menjadi negeri pertama yang bakal menggunakan teknologi air pulih guna untuk merawat kumbahan bagi keperluan industri pusat data di negeri ini, menerusi pemeteraian tiga perjanjian kerjasama strategik melibatkan Johor Special Water (JSW) Sdn. Bhd dan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd.   Menerusi perjanjian tersebut IWK melaksanakan pembangunan pembekalan 12 juta […]

JOHOR SEDIA PERKUKUH KERJASAMA JAYAKAN ASEANTOM 2025

  #JohorBahru – Kerajaan Johor menzahirkan komitmen penuh dalam menyokong kedudukan Malaysia sebagai tuan rumah Mesyuarat Ke-12 Rangkaian Badan Kawal Selia Tenaga Atom ASEAN (ASEANTOM) 2025 yang menjadi antara platform penting dalam usaha memperkukuhkan soal keselamatan dan kawal guna tenaga atom di rantau ini.   Penganjuran program itu sejajar dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN […]

MAINJ PERKASA EKONOMI ASNAF WANITA MELALUI SPA MUSLIMAH

  #BatuPahat – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerusi Program Pelan Pembangunan Asnaf Daerah Batu Pahat memperkasakan asnaf dengan membantu golongan berkenaan menjana pendapatan Projek Spa Muslimah.   Sebanyak RM58,000 diperuntukkan oleh MAINJ bagi melaksanakan projek yang ditempatkan di bangunan Baitulmal sekali gus mencerminkan komitmen memanfaatkan sepenuhnya aset wakaf dan baitulmal untuk kegunaan masyarakat […]