KLUANG KE KUALA LUMPUR DENGAN ETS3 BERMULA 30 OGOS INI

  #Kluang – Rakyat Johor terutama warga Kluang tidak lama lagi boleh menikmati pilihan perjalanan pengangkutan awam menggunakan keretapi dengan lebih selesa ke ibu negara apabila Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) mula beroperasi pada 30 Ogos ini.   ETS3 berteknologi moden yang mampu beroperasi pada kelajuan sehingga 140 kilometer sejam (km/j) itu menjadikannya tren penumpang […]

JAMBATAN ECO LINK SIREH PARK SOKONG AGENDA HIJAU JOHOR

  #IskandarPuteri – UEM Group Berhad melalui Yayasan UEM mengambil inisiatif melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan naik taraf jambatan ECO Link di SIREH Park, Iskandar Puteri yang merupakan Taman Rekreasi Komuniti Hijau Bandar Terbesar di Malaysia.   Jambatan ECO Link sebelum ini dikenali sebagai ‘Hill Bridge’ sepanjang 65 meter yang dinaik taraf itu dibina sempena temasya […]

PEMBANGUNAN ONE BUKIT SENYUM FASA 3 PACU TRANSFORMASI JOHOR BAHRU

  #JohorBahru – Projek pembangunan One Bukit Senyum (OBS) fasa tiga oleh Astaka Padu Sdn. Bhd. dan CapitaLand Investment bernilai RM2.1 bilion bakal menjadi mercu tanda baharu serta mengubah wajah bandar raya Johor Bahru sekali gus katalis lonjakan ekonomi negeri.   Pembangunan ikonik itu akan menampilkan pusat beli belah premier, hotel bertaraf enam bintang, residensi […]

JOHOR NEGERI PERTAMA TUBUH JAWATANKUASA KHAS ANTI-BULI

  #IskandarPuteri – Johor tampil ke hadapan dengan penuh komitmen apabila menjadi negeri pertama menubuhkan Jawatankuasa Khas Anti-Buli Negeri Johor sebagai usaha agresif dan bersepadu untuk memastikan masalah buli dapat ditangani dengan lebih berkesan.   Penubuhan jawatankuasa khas berkenaan membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri menjaga keselamatan dan kesejahteraan anak-anak Johor berikutan isu buli yang semakin menular […]

BEKALAN AIR JOHOR LEBIH MAMPAN, TERJAMIN MENJELANG 2030

  #KotaTinggi – Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah meluluskan pembinaan tiga projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) bagi menyokong keperluan pengguna domestik, komersial serta industri pusat data di negeri ini.   Projek pembangunan sumber air utama itu adalah TAPS Sungai Johor bernilai RM605 juta dengan kapasiti 200 juta liter […]

RUMAH KASIH JOHOR, BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN JOHOR

  Kerajaan Johor sentiasa komited untuk terus membantu kesejahteraan rakyat khususnya membabitkan soal perumahan apabila berjaya merealisasikan pelaksanaan Rumah Kasih Johor (RKJ) dengan sehingga kini sebanyak 175 unit kediaman itu sudah siap dibina dan diserahkan kepada penerimanya.   Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM67.5 […]

HAMPIR 3,000 PESERTA MERIAHKAN LARIAN MAPPA XX WILAYAH SELATAN

  #IskandarPuteri – Hampir 3,000 peserta membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru bagi menjayakan program Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-20 Wilayah Selatan Tahun 2025 yang julung kali dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan (IKWAS).   Acara penutup siri Larian MAPPA 2025 ini bukan sekadar […]

PENGERANG SEBAGAI PUSAT INDUSTRI TENAGA HIJAU

  #IskandarPuteri – Pengerang bakal terus berkembang pesat sebagai pusat industri tenaga hijau menerusi perancangan projek pembangunan baharu oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) melibatkan pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) dan Minyak Sayuran Rawatan Hidro (HVO) – diesel boleh diperbaharui.   Akan dibangunkan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), loji penapisan minyak bio itu melibatkan kerjasama […]

JOHOR TUBUH JAWATANKUASA KHAS PERANGI BULI DI SEKOLAH

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membendung isu buli yang semakin menular dalam kalangan pelajar dan membimbangkan daripada menjadi parah.   Jawatankuasa khas dengan kerjasama erat oleh jabatan dan agensi berkaitan itu akan bertindak sebagai platform penyelarasan bagi semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa, […]

JOHOR MENUJU KUASA BESAR PUSAT DATA NEGARA

  #IskandarPuteri – Johor meluluskan 42 projek bernilai RM164.45 bilion setakat suku kedua tahun 2025 menyumbang 78.6 peratus kapasiti operasi teknologi maklumat (IT) sekali gus berada di barisan hadapan industri pusat data negara.   Menerusi perkembangan tersebut, Johor terus giat mengatur langkah untuk muncul destinasi utama teknologi digital dan inovasi serantau dengan sasaran menempatkan 60 […]