KOMITMEN TAMBAHBAIK SISTEM DEMI KELANCARAN TRAFIK : MENTERI BESAR JOHOR


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bersama Kerajaan Persekutuan terus komited dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di dua pintu sempadan negara di negeri ini.   Komitmen yang dizahirkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi itu melibatkan usaha memperbaiki dan menambahbaik sistem sedia ada di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) […]

VIDEO TULAR SEBENARNYA MERUJUK KAUNTER IMIGRESEN


  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor mengesahkan video ditujukan kepada pegawainya di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), dekat Gelang Patah, sebenarnya merujuk kepada kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).   Pengarahnya, Misbahudin Parmin berkata, kejadian berlaku di ‘Bus Terminal Import’, KSAB itu telah tular melalui aplikasi perkongsian video pada Jumaat lalu. […]

PEKERJA MAINKAN PERANAN PENTING REALISASI HASRAT KERAJAAN NEGERI


  ISKANDAR PUTERI — Warga pekerja sebagai ‘barisan hadapan’ mempunyai tugas dan peranan signifikan bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk memastikan kemakmuran Johor dinikmati bersama.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, peranan dimainkan kumpulan itu sebagai rakan strategik dalam membangunkan ekonomi juga sangat […]

JAINJ CADANG LANGKAH PENAMBAHBAIKAN : ISU KEHILANGAN BATU NISAN


  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesyorkan beberapa langkah penambahbaikan kepada pengurusan Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, dekat Johor Bahru.   Langkah-langkah yang disifatkan wajar dan perlu diambil itu bagi mengelakkan kes kecurian batu nisan di tanah perkuburan terbabit daripada terus berlaku.   Antaranya, menguatkuasakan prosedur operasi standard […]

BERTENANG, JANGAN BUAT SPEKULASI : JAINJ


  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) meminta masyarakat untuk bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu kehilangan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, dekat Johor Bahru.   Pengarahnya, Jamaludin A. Hamid berkata, JAINJ mengambil maklum penularan tangkap layar mengenai isu tersebut dipercayai disiarkan menerusi paparan […]

PASANGAN WARGA EMAS YANG TULAR TERIMA BANTUAN BULANAN


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengambil inisiatif bagi memindahkan pasangan warga emas yang tular tinggal di pondok usang di tepi Sungai Masai dekat Pasir Gudang.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan, pasangan Shuib Alna, 69, dan isteri, Sarimah Shaari, 61, bersetuju untuk segera berpindah ke rumah […]

YEE JIN PASANG IMPIAN WAKILI NEGARA


  ISKANDAR PUTERI — Atlet para sukan catur Negeri Johor, Lim Yee Jin memasang impian untuk mewakili Malaysia suatu hari nanti, dengan menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa sekali gus mengharumkan nama negara.   Memegang teguh prinsip ‘Tanpa Usaha, Tiada Kejayaan’, remaja berusia 20 tahun ini tidak sesekali menyerah dan kenal erti putus asa dalam menempa […]

JOHOR LAKSANA KEMPEN SEMAK ARAH KIBLAT MINGGU DEPAN


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor akan melaksanakan kempen semakan arah kiblat melibatkan masjid dan surau, bangunan kerajaan serta premis persendirian secara berfasa bermula minggu depan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kempen itu digerakkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) bersama Jabatan Mufti Johor (JMJ) dengan […]

TPM TINJAU PPK KAMPUNG PARIT MAKUASANG


  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 170 unit kediaman di bawah Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Kampung Parit Makuasang, dekat Pontian, siap dibina bagi manfaat golongan sasar.   Projek tersebut disediakan bagi penempatan semula mangsa banjir, air pasang dan setinggan nelayan di kawasan Sungai Benut dan Sungai Pinggan khususnya Kampung Nelayan, Kampung Sri Tanjung serta Kampung Sungai […]

OPERASI EFISIEN ATASI KESESAKAN, MUDAH URUSAN RAKYAT : MB


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor yakin pengoperasian lebih efisien dapat mengurangkan kesesakan di pintu sempadan negara di negeri ini, dan memudahkan urusan seharian rakyat.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, isu berkenaan mampu ditangani dengan berkesan hasil kerjasama semua pihak berkaitan.   “Saya yakin dan pasti dengan pengoperasian yang lebih efisien […]