KERAJAAN JOHOR ISYTIHAR 24 APRIL HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bersetuju mengisytiharkan 24 April ini, sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi negeri ini, selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, persetujuan perisytiharan itu selaras dengan Seksyen 8 dan 9 Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). […]

YAYASAN JCORP BERI SINAR SYAWAL BUAT MANGSA BANJIR JOHOR


  BATU PAHAT — Johor Corporation (JCorp) menerusi Yayasan JCorp dengan kerjasama Southern Volunteers (SV) telah menyumbang sebanyak RM106,000 kepada mangsa banjir yang terjejas di Johor baru-baru ini.   Pengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd Sani, berkata inisiatif kempen Sinar Syawal Mangsa Banjir Johor yang dilancarkan pada penghujung Mac lalu merupakan platform bagi mengumpul dana untuk […]

TINGKAT KECEKAPAN CIQ BANGUNAN SULTAN ISKANDAR AIDILFITRI INI


  JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor menjangkakan kecekapan pengoperasian Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) mencapai 100 peratus menjelang tempoh perayaan Aidilfitri ini.   Berdasarkan tinjauan dan pemantauan dilakukan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memberitahu kadar kecekapan setakat ini, baru mencapai 80 peratus.   Justeru, beliau menjemput Ketua Pengarah […]

TINDAKAN PROAKTIF ATASI GANGGUAN BEKALAN AIR MUSIM PERAYAAN


  ISKANDAR PUTERI — Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (Ranhill SAJ) komited memastikan bekalan air mencukupi untuk kegunaan pengguna sempena Aidilfitri ini, terutama melibatkan kawasan bertekanan rendah dan berhadapan kekurangan bekalan.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, antara tindakan diambil adalah menyediakan pam dan set […]

HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN JIKA 1 SYAWAL JUMAAT INI


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan mengisytiharkan Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan, sekiranya 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat ini.   Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, penetapan itu berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.   “Walaubagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh […]

HOSPITAL PAKAR KPJ WILAYAH SELATAN SUMBANG RM1.035 JUTA


  ISKANDAR PUTERI — KPJ Healthcare Berhad menerusi lima Hospital Pakar KPJ Wilayah Selatan membuat penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2022 berjumlah RM850,000.   Penyerahan dibuat kepada Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Negeri Johor melibatkan Hospital Pakar KPJ Johor sebanyak RM250,000 diikuti Hospital Pakar KPJ Puteri (RM150,000), Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang (RM300,000), Hospital Pakar KPJ […]

MENTERI BESAR LANCAR PEMASANGAN WIFI DI MASJID, SURAU


  KLUANG — Kerajaan Johor melaksanakan inisiatif pemasangan kemudahan WiFi secara percuma di setiap masjid dan surau bagi manfaat jemaah khususnya golongan muda.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz berkata, langkah tersebut diharap dapat menarik ramai masyarakat untuk kembali mendekati masjid dan surau selain mengembalikan peranan rumah ibadat itu sebagai tempat rujukan umat Islam […]

PAKEJ KESIHATAN ISTIMEWA KEPADA PEMBELI HARTANAH PERJIRANAN 13


  ISKANDAR PUTERI — Johor Land Berhad (JLand) menawarkan pakej kesihatan istimewa kepada bakal pembeli hartanah baharu di Perjiranan 13, Bandar Dato’ Onn menerusi perjanjian kerjasama dengan Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn (KPJBDOSH).   Pengarah Bertanggungjawab JLand, Zamri Yusof berkata, kerjasama itu melibatkan empat komponen utama iaitu penyediaan khidmat pemeriksaan kesihatan, penggunaan kemudahan eksklusif […]

JOHOR PERLUAS JAUHAR CHILDCARE CENTRE DI PPR


    ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) bercadang memperluas kemudahan Jauhar Childcare Centre (JCC) ke kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar daerah Johor Bahru bagi membantu golongan sasar.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail, berkata cadangan pembinaan kemudahan taska JCC […]

KERAJAAN JOHOR SIAP SIAGA PASTIKAN ALIRAN TRAFIK LANCAR PADA AIDILFITRI


  JOHOR BAHRU — Menjelang sambutan Aidilfitri hujung minggu ini, Kerajaan Negeri Johor sudah membuat persiapan yang rapi bagi memastikan aliran trafik di jalan raya dan pintu sempadan keluar masuk berjalan lancar.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Saleh, berkata semua agensi yang berkaitan telah diarahkan […]