GALAK WANITA JOHOR TAMPIL LAKUKAN SARINGAN KESIHATAN

  Program Women Cancer Reproductive Awareness (WCaRe) Johor yang merupakan inisiatif di bawah Pemberdayaan dan Kelestarian Wanita Negeri Johor dalam Teras Ketiga : Jaringan Keselamatan Sosial, Belanjawan Johor 2024 dilancarkan secara rasminya hari ini.   Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM120,000 bagi melaksanakan program berkenaan bagi meningkatkan kesedaran kepada wanita Johor untuk tampil secara sukarela melakukan […]

RM2.8 JUTA BANTUAN KASIH MURID JOHOR RINGAN BEBAN KELUARGA B40

  Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.8 juta bagi pelaksanaan Bantuan Kasih Murid Johor sebagai usaha meringankan beban perbelanjaan keluarga B40 menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun 2024/2025 pada 10 Mac nanti.   Inisiatif yang pertama kali diadakan itu melibatkan seramai 11,200 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini […]

JENAMA JDT JADI KEUTAMAAN HAFIZH SYAHRIN

“Berapa bayaran gaji tidak pernah menjadi keutamaan saya kerana apa yang saya mahukan adalah dapat berlumba di litar,” tegas Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah pada sidang media pengenalan JDT Racing Team di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT HQ), Iskandar Puteri.   Sepanjang kariernya sebagai pelumba dan pernah menyertai beberapa pasukan […]

WASPADA PENYAKIT BUAH PINGGANG PEMBUNUH SENYAP

  Melakukan saringan dengan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan seimbang berupaya mengesan dengan lebih awal penyakit serta merupakan langkah praktikal penjagaan buah pinggang, organ penting dalam badan manusia.   Antara tanda atau gejala awal penyakit buah pinggang yang dikategorikan sebagai ‘pembunuh senyap’ adalah mengalami masalah bengkak pada bahagian […]

SEMANGAT AZIB ZAFRAN GAMATKAN KOMPLEKS SUKAN EDUCITY

Semangat juang yang tinggi dan membanggakan. Itu yang ditonjolkan oleh Peninju Johor, Azib Zafran Zolkarnain apabila muncul juara Light Middle (71 kilogram) Kejohanan Golden Gloves Championship 2024 di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, malam tadi.   Kemenangan epik Azib Zafran bukan sesuatu yang mudah apabila menerima tentangan sengit daripada Peninju Singapura, Aadhi Prahnvh sejak seawal […]

DAULAT TUANKU BERGEMA DI CHINGAY 2024

  Laungan ‘Daulat Tuanku’ menyemarakkan Festival Perarakan Chingay 2024, acara kebudayaan masyarakat Tionghua di Johor sejak tahun 1870 dan menjadi antara simbolik semangat Bangsa Johor yang meraikan kepelbagaian agama dan budaya di negeri ini.   DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan berangkat merasmikan dan menyaksikan kemeriahan festival kali ini. Berangkat sama, DYAM Tunku […]

KERAJAAN NEGERI GARIS EMPAT AGENDA PACU PENDIDIKAN JOHOR

  Kerajaan Negeri menggariskan empat agenda dan beberapa langkah penting dalam usaha memacu sektor pendidikan di negeri ini selari dengan matlamat Teras Pendidikan Aspirasi Maju Johor menjelang tahun 2030.   Antara agenda yang diberi penekanan ialah usaha pemberdayaan guru johor, menerajui jati diri murid johor, kemudahan infrastruktur, fasiliti serta persekitaran yang selesa, selain ia akan […]

JPC 2024 HALA TUJU PEMANGKIN UTAMA PEMBANGUNAN EKONOMI

  Johor Planning Conference 2024 bakal menjadi pusat data ekonomi Johor dan pada masa sama dapat menghimpunkan 250 agensi termasuk perancang bandar, jurutera, arkitek, jabatan kerajaan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).   Selain itu, persidangan ini akan menjadi wadah dalam menerapkan fokus ke arah kemajuan Negeri Johor menjelang tahun 2030 yang secara tidak langsung […]

MUHAMMAD SHAH FIRDAUS, NURUL SYASYA NADIAH DINOBAT OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI JOHOR 2023

Jaguh sukan berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan atlet menembak Nurul Syasya Nadiah Arifin diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Negeri Johor 2023.   Pemilihan Muhammad Shah Firdaus adalah berdasarkan rekod pencapaian terbaiknya dalam arena sukan berbasikal di Sukan Komanwel Birmingham 2022, sekali gus turut mengulangi kejayaannya sebelum ini yang turut dinobatkan sebagai Olahragawan Johor […]

JOHOR ANTARA PENYUMBANG TERBESAR EKSPORT, IMPORT NEGARA

  Negeri Johor menjadi antara negeri menunjukkan peningkatan memberangsangkan dan penyumbang terbesar kepada jumlah perdagangan Malaysia bernilai RM234.7 bilion pada Januari 2024.   Eksport negara bernilai RM122.4 bilion meningkat sebanyak RM9.8 bilion bersamaan 8.7 peratus berbanding bulan sama tahun sebelumnya, dipengaruhi oleh eksport lebih tinggi dicatatkan sembilan negeri termasuk Johor (+RM5.6 bilion).   Manakala bagi […]