7 SEKOLAH RENDAH JUARA PELBAGAI KATEGORI IMELC 2023

  Tujuh sekolah rendah di negeri ini, diumumkan sebagai juara bagi lapan kategori dalam acara tahunan Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) 2023 dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Suria, Johor Bahru dinobatkan juara keseluruhan Kategori Sekolah Terbaik.   Selain itu, SK Taman Suria turut mengungguli Kategori Minyak Masak Terpakai selepas berjaya mengumpulkan 3.57 tan minyak. Manakala […]

DANIA SOFEA BERGAYA PERTAHAN KEJUARAAN

  Pemain perseorangan wanita muda negara, Dania Sofea Zaidi, 16, menepati ramalan apabila muncul juara kategori perempuan Bawah 17 Tahun, Kejohanan Badminton Remaja Tertutup Johor 2023.   Beliau berjaya menewaskan pencabarnya, Lai Eeyun 21-10, 21-13 dalam tempoh 20 minit pada perlawanan akhir sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenanginya awal tahun ini.   Dania memaklumkan konsistensi latihan […]

KERAJAAN JOHOR PROAKTIF ATASI ISU BANJIR KILAT

  Kerajaan Negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 10 lokasi terjejas banjir kilat di sekitar bandar raya Johor Bahru akan diselesaikan pada tahun hadapan.   Antara langkah diambil bagi menyelesaikan isu tersebut adalah melalui kerja menambah baik sistem perparitan, menambah pam air dan membina ban baharu terutamanya di kawasan rendah.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur […]

PINGAT CEMERLANG BOMBA JADI PEMBAKAR SEMANGAT

  Pingat Cemerlang Bomba (PCB) diterima dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Johor ketika Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan pada bulan lalu, menjadi pembakar semangat untuk terus menabur bakti kepada masyarakat.   Penolong Peguasa Bomba Ahmad Syahir Din Osman dari Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Johor dan Pegawai Bomba Rosnilyana Atong dari Balai […]

BOMBA JOHOR WUJUDKAN PANGKALAN HADAPAN DI AYER HITAM

  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menetapkan Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam sebagai lokasi pangkalan hadapan bagi penempatan awal logistik menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL).   Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Siti Rohani Nadir memaklumkan pemilihan balai tersebut sebagai ‘regional forward base (RFB)’ itu berikutan kedudukannya yang strategik dan dinamik. […]

MTL : KERAJAAN NEGERI TINGKAT KESIAPSIAGAAN HADAPI BANJIR

  Kerajaan Negeri melakukan persediaan awal dengan memantau bekalan barangan keperluan agar sentiasa mencukupi bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip memaklumkan langkah itu juga untuk mengelak harga barangan keperluan terkesan ketika bencana.   Antara bentuk tindakan proaktif dilakukan adalah […]

PENJAJARAN ‘SELEKOH S’ SIAP SEPENUHYA

  Projek memperelok jajaran jalan Johor Bahru-Ayer Hitam FT001 di Seksyen 38-40 kilometer atau lebih dikenali sebagai ‘Selekoh S’, dekat Kulai, yang menjadi lokasi kerap berlaku kemalangan kini siap sepenuhnya.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan projek sakit yang tertangguh sejak tahun 2021 itu […]

‘FRONTLINERS’ JUNJUNG KASIH ATAS KURNIAAN PINGAT JASA DIKENANG

  Petugas barisan hadapan di negeri ini, menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas kurniaan Pingat Jasa Dikenang yang diterima, hari ini.   Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Johor, TPjR Abdul Aziz Sidi Ahmad menyifatkan kurniaan itu cerminan penghargaan Baginda Tuanku Sultan kepada ‘frontliners’ yang bertugas ketika […]

‘FRONTLINERS’ JOHOR TERIMA PINGAT JASA DIKENANG

  Petugas barisan hadapan di negeri ini, yang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak COVID-19 menerima Pingat Jasa Dikenang sebagai menghargai pengorbanan mereka.   Pingat khas yang diperkenalkan dan kurniaan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar itu diserahkan dalam satu majlis di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.   Menyempurnakan penyampaian kurniaan berkenaan […]

JANGAN HALANG LALUAN : BOMBA JOHOR

  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menyeru masyarakat menetap perumahan jenis strata di kawasan berkepadatan penduduk tinggi supaya tidak menghalang laluan keluar masuk yang menyukarkan akses jentera sekiranya berlaku kecemasan.   Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Siti Rohani Nadir memberitahu situasi tersebut merencatkan ‘response time’ dan operasi anggota penyelamat ditetapkan di bawah […]