MRR : SEZ JOHOR-SINGAPURA BERPOTENSI LAHIRKAN KLUSTER INDUSTRI BAHARU

  Penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura mampu menjadi pemangkin kepada usaha merealisasikan Johor sebagai sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 dengan tawaran pelbagai inisiatif dan tindakan strategik yang berupaya menarik minat lebih banyak pelaburan ke negeri ini.   Pensyarah Fakulti Pengurusan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr. L. Nanthakumar menyambut baik cadangan […]

PTP TERIMA PENGIKTIRAFAN PENTADBIRAN TERMINAL PEMINDAHAN TERBAIK

  Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mencipta satu lagi pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai Pentadbiran Terminal Pemindahan Terbaik daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah 2023 (KITA 2023).   Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang hadir menyempurnakan perasmian KITA 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa […]

PELEPASAN NYAMUK BERWOLBACHIA DI PPR KEMPAS PERMAI

  Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melaksanakan operasi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di dua lokaliti PPR Kempas Permai di daerah Johor Bahru, bermula sejak 18 Mei 2022 melibatkan 14 siri pelepasan telur nyamuk Aedes berWolbachia setiap dua minggu.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon memaklumkan proses itu disusuli dengan pemantauan […]

PIJ KOMITED BANTU PELAJAR TAHFIZ SWASTA LANJUT KE PENGAJIAN TINGGI

  Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah menjayakan penganjuran Bengkel Penyelarasan dan Pemantapan Program Intervensi Tahfiz (SPM) Model Bekok Peringkat Negeri Johor 2023, baru-baru ini.   Bengkel diadakan melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) ini diadakan bagi menyelaras dan memantapkan lagi sistem pengajaran dan memberi pendedahan serta kemahiran yang tinggi kepada pelajar-pelajar tahfiz.   Untuk rekod, […]

MPBN ANGKAT SUARA BELIA JOHOR

Persidangan Majlis Perundangan Belia Negara (MPBN) menjadi sesi ‘Engagement ’ dan persidangan intelektual pemimpin pertubuhan belia menyuarakan hasrat, pandangan serta menyampaikan aspirasi Orang Muda Johor.   Turut melibatkan wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan dilantik selaku badan perundangan dan penasihat berhubung isu-isu pembangunan belia, persidangan ini menjadi ruang untuk mengangkat suara akar umbi ke peringkat lebih […]

BELANJAWAN 2024 SEIMBANG : EXCO KERAJAAN JOHOR

  Ikhtiar melibatkan sektor usahawan, pemerkasaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta sumber manusia yang banyak diberikan penekanan dalam Belanjawan 2024 disambut baik oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.   Peruntukan diberikan antaranya dalam bentuk pinjaman, jaminan pembiayaan, geran mahupun dana diyakini boleh […]

JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR KOMITED TINGKAT BIDANG INOVATIF JOHOR

  Jabatan Pertanian Negeri Johor akan memainkan peranan penting dalam menghasilkan lebih ramai warga petani dalam pelbagai sektor pertanian sekali gus dapat memastikan keterjaminan sekuriti makanan negara berada pada tahap yang terbaik.   Usaha seumpama ini akan dapat direalisasikan menerusi pemupukan budaya kreativiti dan inovasi, selain penggunaan teknologi berteknologi tinggi yang secara tidak langsung mampu […]

PROGRAM CFS TANGANI KONFLIK MANUSIA-HAIWAN LIAR

  Kerajaan Negeri komited melakukan pelbagai usaha bagi menangani isu konflik manusia dan haiwan liar terutamanya melibatkan harimau dan gajah melalui kerjasama erat antara Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.   Perkara ini diterjemahkan melalui Projek Central Forest Spine (CFS) yang telah dilaksanakan sejak 2020 dimana pewartaan kawasan tanah Kerajaan seluas […]

JDT DAN UTM UTAMAKAN PENDIDIKAN PELATIH AKADEMI

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC) menjadi kelab bola sepak profesional pertama yang menjalinkan kerjasama dengan universiti bagi menjalankan program pengajian yang disertai oleh pemain bola sepak sepenuhnya.  Majlis perjanjian persefahaman antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui UTMSPACE dengan JDT FC telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, Profesor Ts Dr. […]

WAJAR JOHOR TERIMA BERITA BAIK DALAM BELANJAWAN 2024

  PROJEK pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat kepada enam lorong dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam dengan kos RM931 juta diumumkan dalam Belanjawan 2024 disifatkan sebagai tepat pada masanya.   Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dato’ Ir. Hasni Mohammad dalam satu temubual menjelaskan kewajaran untuk keperluan Johor diberikan perhatian dalam belanjawan […]