SASAR BINA 80,000 RMMJ SEHINGGA 2029

  #Kluang – Kerajaan Negeri mensasarkan pembinaan 80,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) bagi membantu rakyat di negeri ini merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri menjelang tahun 2029.   Daripada jumlah tersebut, sebanyak 30,000 unit RMMJ akan dibina bagi tempoh bermula 2022 hingga 2026 seperti yang disasarkan diikuti dengan sasaran terbaharu iaitu 50,000 unit pada […]

LATIHAN PROFESIONAL LAHIR GURU STEM SRBJ MAHIR PAK21

  #JohorBahru – Latihan profesional Kumpulan Guru Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) di National Institute of Education (NIE) International, Singapura menjadi usaha penting melahirkan pendidik yang mahir dan bersedia untuk mendidik generasi masa hadapan dengan pendekatan pembelajaran abad ke-21 (PAK21).   Inisiatif Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor melibatkan latihan kepada guru bidang […]

SEKOLAH HOSPITALITI DAN PELANCONGAN KYPJ SEDIA DINAIK TARAF

  #KotaTinggi – Kerajaan Negeri komited melahirkan bakat dan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri dengan menaik taraf fasiliti Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ).   Bagi tujuan tersebut, sebanyak RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Johor 2025 untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan di samping menyediakan kemudahan yang […]

JOHOR PERHEBAT USAHA JADI DESTINASI PELABURAN PILIHAN DAN IDEAL

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor komited memperkukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelaburan pilihan dan ideal untuk bekerja, tinggal dan beriadah selaras aspirasi agenda Maju Johor.   Bagi tujuan tersebut, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menekankan kepentingan pembangunan mampan dan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, sosial serta alam sekitar.   Agenda yang menjadi […]

BEKALAN AIR PULIH, SYAWAL PENUH BERMAKNA

  #IskandarPuteri – Lebih 1,000 penduduk di sekitar Gugusan Murni Jaya dan FELDA Bukit Permai, Kulai berasa lega dan menzahirkan rasa syukur apabila masalah gangguan bekalan air yang berlarutan sejak belasan tahun akhirnya dapat diselesaikan hasil tindakan proaktif daripada Kerajaan Johor.   Bagi Solihin Baein, 47, penduduk Kampung Sri Muar memuji langkah responsif Kerajaan Negeri […]

AIDILFITRI MERIAH BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI

  #IskandarPuteri – Sambutan Aidilfitri menjadi penuh bermakna buat masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Simpang Arang dekat Gelang Patah apabila menerima kunjungan daripada Kerajaan Negeri.   Ziarah kasih sempena bulan Syawal yang mulia itu menjadi platform mengeratkan silaturahim sekali gus mencerminkan keprihatinan Kerajaan Johor memelihara kesejahteraan komuniti tersebut.   Untuk rekod, keseluruhan […]

JMR PERKENAL JENTERA BAHARU, BARISAN PEMANDU MUSIM 2025

  #JohorBahru – Johor Motorsports Racing (JMR) secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan Chevrolet serta memperkenalkan jentera baharu, Corvette Z06 GT3.R dalam ‘livery’ Biru dan Perak yang merupakan ‘signature’ pasukan bagi menghadapi aksi GT3 Musim 2025.   Selain itu, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj […]

DHL PILIH JOHOR JADI HAB LOGISTIK

  #IskandarPuteri – Syarikat peneraju global dalam sektor logistik dan kurier, DHL Supply Chain melancarkan fasiliti Hab Serantau Wilayah Selatan fasa satu di Zon Perindustrian Bebas Senai Airport City iaitu kemudahan moden seluas 308,000 kaki persegi, sekali gus dapat memanfatkan peluang sektor berimpak tinggi seperti elektrik dan elektronik, penjagaan kesihatan serta automotif di kawasan berkenaan. […]

MYKERANG PULAI SEBATANG SIAP SEDIA SAMBUT TAHUN MELAWAT JOHOR 2026

  #Pontian – MyKerang Pulai Sebatang kini bukanlah nama asing dalam peta sektor pelancongan di negeri ini, menawarkan pengalaman ekopelancongan menarik dan unik berasaskan aktiviti mencari dan mengutip kerang yang pasti tidak dapat dilupakan oleh pengunjung.   Merupakan produk pelancongan pertama seumpamanya di negara ini diperkenalkan pada tahun 2022, MyKerang Pulai Sebatang juga menonjolkan keindahan […]

GERAN KOMUNITI IPRK MENINGKAT KEPADA RM700,000

  #IskandarPuteri – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) meneruskan penawaran Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) berjumlah keseluruhan RM700,000 pada tahun ini.   Inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap amalan pembudayaan rendah karbon di kawasan pentadbiran MBIP itu menyaksikan peningkatan jumlah keseluruhan geran ditawarkan berbanding RM500,000 pada tahun lalu.   Merupakan antara inisiatif Kerajaan […]