JETCO PERKUKUH HUBUNGAN EKONOMI JOHOR-SINGAPURA BERSAMA KOMUNITI PERNIAGAAN AMERIKA

YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi JETCO bersama ‘American Chamber of Commerce Singapore’ (AmCham Singapore) di Singapura. | Foto JETCO Johor

 

#IskandarPuteri – Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura terus memperkukuh hubungan ekonomi serta meneroka peluang kerjasama baharu antara Johor dan komuniti perniagaan Amerika Syarikat yang beroperasi di Singapura.

 

Inisiatif yang dilaksanakan ini turut memfokuskan mengenai prospek ekonomi Johor, perkembangan terkini Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta potensi pelaburan dalam pelbagai sektor pertumbuhan strategik di negeri ini.

 

Usaha memperkukuh hubungan ekonomi ini juga akan menjadi platform penting bagi memperluas jaringan kerjasama, pertukaran pengetahuan dan perkongsian pandangan mengenai trend ekonomi serantau.

 

Ia termasuk membuka peluang pelaburan serta potensi pembangunan yang mampu merancakkan lagi hubungan rentas sempadan antara Johor dan Singapura.

 

Inisiatif ini selari dengan usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini, di samping menarik lebih banyak pelaburan berkualiti yang berupaya mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi.

 

Terdahulu, YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi JETCO hadir ke Sesi Makan Tengah Hari Jaringan Bersama ‘American Chamber of Commerce Singapore’ (AmCham Singapore) di Singapura, baru-baru ini.

 

#JohorSafeZone
#JETCO
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor