JOHOR REKOD PELABURAN RM14.23 BILION


Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han memaklumkan sebanyak RM14.23 bilion berjaya diraih atas pelaburan komited menerusi 422 projek yang diluluskan. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Negeri Johor berjaya merekodkan pelaburan komited berjumlah RM14.23 bilion bagi tempoh separuh pertama tahun ini, menerusi 422 projek yang diluluskan.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Tiram, Azizul Bachok memaklumkan, sebanyak 6,898 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan menerusi projek-projek tersebut.

 

Kemasukan pelaburan yang positif berjaya diraih menerusi program Friendly Johor 2.0 yang mempromosikan Invest Johor sebagai titik fokus pelaburan negeri. Di samping itu, iklan digital di pintu masuk utama negara melalui program Go Global 2.0 yang mempromosikan Johor sebagai destinasi utama pelaburan.

 

Kerajaan Johor juga menjangkakan sektor pelaburan akan terus berkembang pesat dan hasilnya akan dikemukakan menerusi statistik penuh tahun 2023 dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor