JSCPT 2026 BUKA TIRAI, HIMPUN PEMAIN POLO ANTARABANGSA

Dicetuskan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, JSCPT 2026 merupakan kejohanan polo terbesar dan berhandikap tertinggi pernah dianjurkan di Malaysia sekali gus mencatat lembaran baharu dalam arena polo negara. | Foto Royal Johor Polo Club
#JohorBahru – Johor Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026 membuka tirai hari ini di Istana Pasir Pelangi dengan menghimpunkan barisan pemain antarabangsa bertaraf dunia dalam kejohanan yang berlangsung selama enam hari hingga 6 September ini.
Dicetuskan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, JSCPT 2026 merupakan kejohanan polo terbesar dan berhandikap tertinggi pernah dianjurkan di Malaysia sekali gus mencatat lembaran baharu dalam arena polo negara.
Kejohanan bersejarah ini digerakkan menerusi visi bersama DYAM Pemangku Sultan Johor dan ikon polo dunia, Pablo “Polito” Pieres dengan matlamat mengukuhkan kedudukan Johor sebagai destinasi utama dalam arena sukan mewah antarabangsa.
Lima pasukan elit iaitu Royal Johor, Temasek, JCorp, Korea Polo dan Digital Bridge mengambil bahagian dengan menampilkan barisan pemain antarabangsa berkaliber termasuk beberapa pemain yang pernah muncul juara “Argentine Open” beberapa kali.
Antara pemain berprofil tinggi yang beraksi termasuklah DYAM Pemangku Sultan Johor selain Pablo “Polito” Pieres mewakili Royal Johor dan Ignatius “Nachí” Du Plessis mewakili Temasek serta barisan pemain antarabangsa lain.
Membawa kempen rasmi “Legacy in Motion”, JSCPT 2026 mencerminkan evolusi warisan diraja menuju kecemerlangan sukan bertaraf global dengan mempertemukan tradisi dan dinamika sukan moden.
Di luar gelanggang, penganjuran JSCPT 2026 turut berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan pelancongan sukan bertaraf premium serta memperkukuh profil Johor di pentas antarabangsa.
Kesemua perlawanan JSCPT 2026 akan disiarkan secara langsung ke peringkat global menerusi PoloLine.TV membolehkan peminat di seluruh dunia mengikuti aksi sepanjang kejohanan.
#JohorSuperCrown2026
#PoloTournament2026
#RoyalJohorPoloClub
#LegacylnMotion
#SukanMDJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


