KERAJAAN JOHOR TERUS PANTAU PERSEDIAAN MENJELANG HARI PENGUNDIAN

Kerajaan Johor terus memperkukuh kesiapsiagaan menjelang PRU Dewan Negeri Johor Ke-16 dengan memastikan semua aspek logistik, keselamatan, kemudahan pusat mengundi dan penyelarasan operasi berada pada tahap terbaik bagi menjamin kelancaran proses pengundian. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#Kluang – Kerajaan Johor akan terus memantau perkembangan dan tahap kesiapsiagaan semua agensi berkaitan bagi memastikan proses Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16 pada Sabtu ini berlangsung dalam keadaan lancar, aman dan teratur.
Hasil pemantauan yang dilaksanakan sebelum ini mendapati segala persiapan kini berada pada tahap terbaik, meliputi aspek logistik, keselamatan, kemudahan di pusat-pusat mengundi serta penyelarasan operasi antara semua agensi yang terlibat, jelas YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor.
Berdasarkan laporan yang diterima dari semasa ke semasa, Kerajaan Johor yakin semua persiapan kini berada di landasan yang tepat bagi menghadapi hari pengundian yang akan diadakan pada 11 Julai 2026.
Selain itu, Kerajaan Johor akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan semua agensi berkaitan bagi memastikan setiap urusan pada hari pengundian dapat dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Penghargaan turut dizahirkan kepada SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), petugas kesihatan serta seluruh agensi yang terlibat atas komitmen dan profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing sepanjang proses pilihan raya.
Kerajaan Johor akan terus memantau perkembangan semasa sehingga selesai pelaksanaan PRU DN Johor Ke-16 serta bersedia memberikan sokongan yang diperlukan bagi memastikan keseluruhan proses demokrasi ini dapat berlangsung dengan lancar demi kepentingan Bangsa Johor.
Terdahulu, YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor bersama YBhg. Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun, Pengerusi SPR, meninjau proses pengundian awal di Dewan Pengaman Zamrud, Taman Perumahan Polis, Jalan Padang Tembak, Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sir Ibrahim, Kem Batu 3 dan Kem Mahkota, Kluang.
#JohorSafeZone
#PRUDNJohorKe16
#PRNJohor
#MehNgundi
#JohorMemilih
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


