KERAJAAN NEGERI GARIS EMPAT AGENDA PACU PENDIDIKAN JOHOR


YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir ke Majlis Muafakat Kasih Warga Pendidikan Negeri Johor, hari ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Negeri menggariskan empat agenda dan beberapa langkah penting dalam usaha memacu sektor pendidikan di negeri ini selari dengan matlamat Teras Pendidikan Aspirasi Maju Johor menjelang tahun 2030.

 

Antara agenda yang diberi penekanan ialah usaha pemberdayaan guru johor, menerajui jati diri murid johor, kemudahan infrastruktur, fasiliti serta persekitaran yang selesa, selain ia akan diperkukuhkan dengan pengembelengan kerjasama strategik antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), alumni dan komuniti.

 

Pada masa sama, semua guru di seluruh Negeri Johor juga diingatkan supaya sentiasa berhati-hati untuk tidak memuat naik bahan kandungan yang tidak sepatutnya ke media sosial masing-masing bagi mengelakkan sebarang perkara yang boleh menjejaskan matlamat asal atau usaha untuk memperkasakan bidang pendidikan ini.

 

Bagaimanapun, pihak guru boleh menjemput ‘pempengaruh’ yang terdiri daripada kalangan para pendidik ke program sekolah bagi memastikan maklumat yang disalurkan kepada murid adalah tepat dan sahih.

 

Terdahulu, YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir ke Majlis Muafakat Kasih Warga Pendidikan Negeri Johor yang disertai oleh 480 peserta terdiri daripada warga pendidik seluruh negeri ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor