SIJIL HALAL AKTIF JOHOR MENINGKAT 42.4 PERATUS

Sehingga tahun 2026, sebanyak 4,321 Sijil Halal Aktif direkodkan, selain Johor kini berada di kedudukan kedua dari seluruh Malaysia dengan 1,743 pemegang sijil halal aktif, menunjukkan semakin banyak perniagaan telah mengambil langkah mendapatkan pengiktirafan halal. | Foto FB Mohd Fared Mohd Khalid
#IskandarPuteri – Ekosistem halal Johor terus menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah Sijil Halal Aktif meningkat 42.4 peratus pada 2026 berbanding 2024, mencerminkan pertambahan penyertaan usahawan dalam industri halal di negeri ini.
Sehingga tahun 2026, sebanyak 4,321 Sijil Halal Aktif direkodkan, selain Johor kini berada di kedudukan kedua dari seluruh Malaysia dengan 1,743 pemegang sijil halal aktif, menunjukkan semakin banyak perniagaan telah mengambil langkah mendapatkan pengiktirafan halal.
Peningkatan ini turut didorong usaha mempermudah proses pensijilan supaya lebih pantas dan mesra usahawan menerusi inisiatif ‘Halal Green Lane’ yang menyediakan laluan pantas sehingga 15 hari bagi premis serta dokumen yang lengkap, jelas YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
Pada masa sama, pendekatan Halal Kotej terus membuka ruang kepada usahawan kecil dan mikro mendapatkan pensijilan halal, sekali gus dapat meningkatkan keyakinan pengguna dan memperluaskan potensi pasaran perniagaan masing-masing.
Usaha itu turut dipacu dengan bimbingan serta sokongan agensi berkaitan termasuk Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Johor Halal Development Corporation (JHDC) dan Johor Toyyiban Laboratories Sdn. Bhd. (JT-Lab).
Langkah memperluas akses kepada pensijilan ini amat penting bagi memastikan lebih ramai usahawan tempatan dapat meningkatkan tahap pematuhan, membina keyakinan pengguna dan bersedia memasuki pasaran yang lebih luas.
#JohorSafeZone
#HalalJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


