PASAR PAGI KLUANG PERKASA EKONOMI KOMUNITI SETEMPAT

YB Tuan Syed Hussein Syed Abdullah, Ahli Dewan Negeri Johor kawasan Mahkota pada pembukaan Pasar Pagi di Pasar Borong Peladang, Taman Permata, Kluang.

 

#IskandarPuteri – Pasar Pagi Kluang kini beroperasi secara tetap pada setiap hujung minggu dengan menawarkan hasil tani segar terus dari ladang pada harga berpatutan.

 

Bertempat di Pasar Borong Peladang Kluang, pasar ini dibuka seawal jam 7 pagi hingga 1 tengah hari dengan menyediakan pelbagai aktiviti seperti jualan produk makanan serta gerai makanan dan minuman.

 

Pasar pagi ini juga memainkan peranan penting dalam ekosistem ekonomi tempatan dengan memberi ruang kepada usahawan kecil untuk berniaga tanpa kos sewa premis yang tinggi.

 

Terdahulu, YB Tuan Syed Hussein Syed Abdullah, Ahli Dewan Negeri Johor kawasan Mahkota hadir merasmikan pembukaan Pasar Pagi di Pasar Borong Peladang, Taman Permata, Kluang.

 

Turut hadir, Tuan Haji Ibrahim Ariffin, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kluang dan Encik Mohd Hafiz Azmi, Pengurus Besar PPK Kluang.

 

#JohorSafeZone
#PasarPagiKluang
#Peladang
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor