RM2.8 JUTA BANTUAN KASIH MURID JOHOR RINGAN BEBAN KELUARGA B40


Inisiatif yang pertama kali diadakan itu melibatkan seramai 11,200 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor. | Foto MDJ Nurina Aisyah.

 

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.8 juta bagi pelaksanaan Bantuan Kasih Murid Johor sebagai usaha meringankan beban perbelanjaan keluarga B40 menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun 2024/2025 pada 10 Mac nanti.

 

Inisiatif yang pertama kali diadakan itu melibatkan seramai 11,200 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini dan dilaksanakan dalam tempoh bermula 3 Mac sehingga 7 Mac 2024.

 

Menerusi inisiatif tersebut, setiap kawasan DUN menerima peruntukan berjumlah RM50,000 seterusnya diagihkan kepada keluarga B40 yang layak dalam bentuk keperluan asas persekolahan seperti pakaian, alat tulis, beg dan lain-lain.

 

Terdahulu, YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir menyempurnakan pelancaran Bantuan Kasih Murid Johor di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, dekat Pasir Gudang, hari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor