Tag Archive for: Bangsa Johor

TERUS KEKALKAN KEHARMONIAN BANGSA JOHOR

  Kerajaan Negeri menyeru setiap lapisan masyarakat terutama Bangsa Johor terus mengekalkan nilai harmoni yang telah lama dibina oleh generasi terdahulu di negeri ini.   Keharmonian itu perlu diterapkan oleh pengguna media sosial dengan menjadikan platform tersebut sebagai medan menyebarkan mesej-mesej positif yang dapat menyemarakkan semangat perpaduan.   Ia secara tidak langsung berupaya mengekang ancaman […]

SEKOLAH RINTIS JOHOR PERSIAP GENERASI MASA DEPAN

  Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti supaya Bangsa Johor tidak keciciran, sekolah rintis Johor yang bakal dilancarkan Kerajaan Negeri pada Februari 2025 diyakini dapat melahirkan generasi yang memacu dan menghadapi cabaran serta berdaya saing di peringkat global.   Hasil pelaksanaan inisiatif membabitkan dua […]

TERIMA KASIH USTAZ NOH!

  Pengorbanan dan keringat Mohd Noh Ab. Samad sepanjang 36 tahun mendidik Bangsa Johor mengenal ilmu agama mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) kategori lelaki.   Bapa kepada 11 cahaya mata yang telah mengajar di enam sekolah agama akui tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menerima penghargaan […]

PROJEK RINTIS SEKOLAH BANGSA JOHOR BAKAL DILAKSANA

  Sistem pendidikan berkualiti bukan sahaja memberi penekanan kepada silibus mahupun modul mata pelajaran, sebaliknya dinilai lebih mendalam termasuk impak dan keberkesanan terhadap kemenjadian pelajar di sekolah.   Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti kepada Bangsa Johor, projek rintis bagi pelaksanaan Sekolah Bangsa Johor […]

BANGSA JOHOR MESTI JAGA JOHOR?

  Apabila Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bertitah mahu Negeri Johor dilayan sebagai ‘partner’ kerana bukan dimiliki oleh Malaysia, kelihatan ramai yang kurang senang dan berebut-rebut memberikan pandangan hingga mengaitkan dengan cabaran terhadap sistem federalisme.   Suka atau tidak, Bangsa Johor melihat ada asasnya tuntutan yang dibuat Pemangku Sultan […]

BANGSA JOHOR MESTI JAGA JOHOR

  Ketika Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bertitah Negeri Johor bukan milik Malaysia, sebaliknya merupakan ‘rakan’ dalam sesi podcast baru-baru ini, ramai yang dilihat berasa kurang senang sehingga mengaitkan dengan cabaran sistem federalisme pada masa kini. Namun, dengan menelusuri sejarah Johor Moden berdekad lamanya, ramai juga yang melihat titah […]

KETEGASAN YANG DI-PERTUAN AGONG DEMI NEGARA DAN RAKYAT

  Tanggal 31 Januari yang lalu telah menjadi peristiwa bermakna dan bersejarah dengan bermula tempoh pemerintahan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selama lima tahun.   Pemasyhuran Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong XVII disambut penuh gembira seluruh Bangsa Johor berserta rakyat Malaysia amnya apatah lagi Seri Paduka […]

IKHTIAR KERAJAAN NEGERI DEMI RAKYAT

  Menterjemahkan sebuah pentadbiran bersifat pro-rakyat, Kerajaan Negeri terus komited menyelesaikan kesesakan di Tambak Johor menerusi pelbagai tindakan yang ‘hands-on’ agar isu legasi menghimpit kira-kira 300,000 pengembara dari Johor mahupun Singapura berulang alik setiap hari dapat dikurangkan.   Komitmen menyurai aliran trafik di pintu sempadan antara yang tersibuk di dunia ini bukanlah sekadar retorik, sebaliknya […]

MELONJAK PENDIDIKAN BANGSA JOHOR

  Menyahut titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengenai kepentingan pendidikan berkualiti seiring aspirasi menuju sebagai negeri maju pada tahun 2030, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) merencanakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan kecemerlangan untuk Bangsa Johor tahun ini.   Inisiatif berkenaan adalah Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) di mana lima pelajar cemerlang […]

KERAJAAN NEGERI KOMITED SELESAI ISU AIR

  Inisiatif saluran paip dari empangan ke empangan, pembinaan baraj di Sungai Muar dan penggantian paip lama menjadi antara tumpuan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di negeri ini.   YB Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, berkata inisiatif ini dilaksanakan bagi membolehkan […]