KERAJAAN JOHOR PERUNTUK RM600,000 HARGAI PETUGAS KESIHATAN
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus menzahirkan komitmen dalam memperkukuh sektor kesihatan negeri menerusi peruntukan berjumlah RM600,000 sebagai tanda penghargaan kepada petugas kesihatan yang menjadi tulang belakang sistem penyampaian perkhidmatan berkenaan kepada rakyat. Bagi maksud itu, sebanyak RM500,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri kepada jururawat di seluruh Johor sebagai pengiktirafan terhadap jasa, pengorbanan dan dedikasi mereka […]
