Tag Archive for: Government of Johor

KERJASAMA MAMPU TERJEMAH SATU KERANGKA EKONOMI MAMPAN : MENTERI BESAR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Johor memiliki potensi besar dan banyak kelebihan untuk dimajukan, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Beliau berkeyakinan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mampu diterjemahkan kepada satu kerangka ekonomi lebih mampan demi manfaat rakyat.   “Insya Allah, perancangan ekonomi serta polisi yang tersusun mampu menarik lebih ramai […]

JOHOR PERKASA PERANAN SEBAGAI BAKUL MAKANAN MALAYSIA, ANTARABANGSA

  ISKANDAR PUTERI — Johor berhasrat memperkasakan lagi peranan sebagai ‘bakul makanan’ untuk Malaysia dan negara serantau serta antarabangsa.   Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip.   Menurutnya, peranan pengusaha dan pelabur sektor agromakanan amat penting bagi menjayakan aspirasi itu.   Terdahulu, […]

USAHA MEMBASMI MISKIN TEGAR JOHOR DITERUSKAN

  ISKANDAR PUTERI — Usaha Kerajaan Negeri Johor untuk membasmi miskin tegar di Johor kini diteruskan ke tiga mukim kampung di daerah Tangkak.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail, berkata seramai 133 ketua isi rumah dari kalangan miskin tegar direkodkan sejak Mesyuarat Penyelarasan Strategi Pembasmian Miskin Tegar Negeri Johor […]

KERAJAAN JOHOR TEKAD PASTIKAN TIADA LAGI RUMAH TERBENGKALAI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri Johor komited bagi memastikan projek perumahan dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata Kerajaan Negeri akan memanggil pemaju yang gagal membina dan menyiapkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) untuk rakyat Johor.   “Jawatankuasa Perancangan, Pembangunan dan Reka […]

KERAJAAN JOHOR PANTAU FENOMENA CUACA PANAS

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Negeri Johor akan memantau keadaan cuaca semasa berikutan fenomena cuaca panas melanda negara ketika ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar, berkata Kerajaan Negeri berada di dalam keadaan bersedia susulan amaran cuaca panas tahap satu yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) […]

KERAJAAN NEGERI SEGERA TANGANI ISU FLAT DAIF DI NEGERI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri menjunjung kasih atas titah DYMM Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk mengambil perhatian dalam isu perumahan flat kos rendah yang daif di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata susulan itu pihaknya telah melaksanakan tinjauan […]

PENYIAPAN PROJEK RESIDENSI PR1MA KOTA TINGGI AMAT BERMAKNA

  KOTA TINGGI — Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan pengurusan PR1MA atas komitmen menyiapkan Residensi PR1MA Kota Tinggi melibatkan 625 unit kediaman yang tertangguh sebelum ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek sakit sejak kira-kira dua tahun yang telah disiapkan sepenuhnya itu disifatkan sebagai amat bermakna.   “Terima […]

JETCO TERUS KOMITED BAWA PELABURAN KE JOHOR

  JOHOR BAHRU — Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura terus komited dalam memainkan peranannya dalam usaha membawa masuk pelaburan ke negeri ini.   Pengerusinya, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, beliau berkesempatan meninjau secara dekat mengenai hala tuju dan peranan JETCO di negara jiran.   Sempena lawatan berkenaan, beliau memberitahu telah mengaturkan […]

PERCAYA TIADA UNSUR HUKUMAN : EXCO KERAJAAN JOHOR

  JOHOR BAHRU — Dakwaan seorang ibu bahawa anaknya didenda berjemur di tengah panas di sebuah sekolah agama di Masai, dekat Pasir Gudang, kini dalam siasatan.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, beliau berterima kasih kepada semua pihak termasuk ibu bapa dan orang ramai yang memaklumkan aduan […]

KERAJAAN JOHOR AKAN MOHON NAIK TARAF HOSPITAL KULAI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus komited dalam memastikan fasiliti dan perkhidmatan kesihatan di negeri ini, berada di tahap yang terbaik.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, komitmen itu mampu direalisasikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).   Menurutnya, kunjungannya ke Hospital […]