Tag Archive for: Government of Johor

WAFI & WAFA, TEMAN BAHARU ANAK-ANAK JOHOR

  Anak-anak di Johor bakal mempunyai teman baharu tidak lama lagi apabila watak ‘Wafi & Wafa’ akan menjadi karekter utama dalam siri buku pembelajaran kanak-kanak yang diterbitkan oleh Kerajaan Johor sebagai inisiatif dalam menyemai nilai jati diri serta elemen budaya, selain menyokong perkembangan kanak-kanak yang lebih menyeluruh merangkumi fizikal, kreativiti dan estetika.   Buku Cilik […]

LINDUNGI DAN PERKASA WANITA BERSAMA!

  Kerajaan Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) komited memperkasa golongan wanita di negeri ini, yang diterjemahkan dalam 10 resolusi dibentangkan pada Konvensyen Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Negeri Johor (KOMENTAR) 2024.   Resolusi berkenaan adalah pengukuhan ekonomi dan usahawan wanita; pembangunan direktori kepimpinan wanita; peningkatan kesejahteraan psikososial dan kesihatan mental; pengukuhan […]

CUTI SABTU AHAD, RANCAK SEKTOR PELANCONGAN

  Penyelarasan cuti hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad bagi Negeri Johor pada Januari tahun hadapan dijangka membawa impak positif terhadap sektor pelancongan.   Kumpulan Penyelidik Perancang Pelancongan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai Tpr. Dr. Norhazliza Abdul Halim melihat perubahan cuti itu berupaya meningkatkan aktiviti pelancongan rentas sempadan antara Johor dan Singapura.   Aliran […]

LAGI ‘PROJEK SAKIT’ SELESAI

  Kerajaan Johor berjaya menyelesaikan lima projek sakit dalam tempoh 10 bulan tahun ini melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah kira-kira RM400 juta termasuk projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Taman Impian Jaya, Senai.   Hasil intervensi serta koordinasi Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan telah membantu projek perumahan melibatkan 213 unit itu menerima Sijil […]

TABUNG KASIH JOHOR-PALESTIN TERUS DIBUKA

  Kerajaan Negeri berhasrat meneruskan Tabung Kasih Johor-Palestin yang dilancarkan pada awal Julai lalu meskipun telah berjaya mencapai sasaran kutipan sebanyak RM2.5 juta.   Kerajaan Negeri akan memastikan sumbangan kepada mangsa kezaliman Zionis di Palestin dapat disampaikan secara berkala sekali gus menterjemah komitmen Bangsa Johor sentiasa bersolidariti dengan warga Palestin.   Daripada jumlah kutipan tersebut, […]

TERUS LONJAK INDUSTRI TERNAKAN JOHOR

  Penggiat sektor pertanian diseru menggembleng tenaga kerja dalam usaha meningkatkan produktiviti dan keberhasilan sektor industri ruminan demi menjayakan hasrat Johor menjadi peneraju sekuriti makanan negara.   Kerajaan Johor turut memberi sokongan melalui peruntukan sebanyak RM850,000 kepada Pusat Sembelihan dan Pemprosesan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Medan sebagai strategi memperhebat agenda keterjaminan makanan bagi menyelesaikan […]

DOA DI TANAH SUCI DIMAKBULKAN

  Tekad Kerajaan Johor untuk memastikan rakyatnya memiliki akses geran hak milik yang sah diterjemahkan menerusi Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Taman Idaman, Kluang kepada 164 penerima sempena program Jelajah Orang Mahkota (JOM) 2024, di Balairaya Kampung Bentong, Kluang, hari ini.   Rositah Othman, 59, Guru Besar Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang, meluahkan kegembiraannya apabila […]

SYUKUR DAPAT MESIN PENGISAR

  Selepas enam tahun bergantung kepada kudrat sendiri untuk menghasilkan produk hiliran, Nur Khalida Hamzah, 43, kini menarik nafas lega selepas menerima mesin pengisar daripada Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), hari ini.   Sebagai seorang usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), bantuan diterima ini akan memudahkan Khalida menghasilkan bahan kisar seperti cili kering, […]

PALESTIN, JOHOR BERSAMAMU

  Keprihatinan Kerajaan Johor terhadap perjuangan dan penderitaan rakyat Palestin terus terbukti dengan penganjuran Program Semarak Subuh Perdana dan Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0 bagi tahun 2024 yang berlangsung di Masjid Jamek Taman Kasih, Kluang, hari ini.   Kasih Bangsa Johor kepada Palestin jelas terpancar apabila sebanyak RM2.5 juta berjaya dikumpulkan merangkumi dana daripada Bahagian Pengurusan […]

PESAWAH SAMBUT BAIK INISIATIF PEMBANGUNAN PADI KERAJAAN JOHOR

  Komitmen Kerajaan Johor menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.9 juta sebagai sokongan kepada usaha meningkatkan produktiviti sawah padi Negeri Johor daripada 4 kepada 6 tan metrik per hektar disambut baik para pengusaha sawah padi di negeri ini.   Bagi Idrus Yunus, 55, Pengerusi Kelompok Sawah Ring yang juga merupakan pesawah di kawasan berkenaan, insentif diberikan Kerajaan […]