Tag Archive for: kerajaan negeri johor

KERAJAAN JOHOR UMUM 9 INISIATIF BERNILAI RM3.8 JUTA UNTUK MASYARAKAT ORANG ASLI

  #Kluang – Kerajaan Johor memperuntukkan RM3.8 juta bagi melaksanakan sembilan inisiatif baharu demi memperkasa dan menjaga kebajikan lebih 18,000 masyarakat Orang Asli di negeri ini.   Selain itu, pelbagai bantuan melibatkan aspek kebajikan, pendidikan, kemudahan infrastruktur dan pembangunan komuniti juga telah diluluskan bagi memastikan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus menikmati manfaat pembangunan […]

JAMBATAN ECO LINK SIREH PARK SOKONG AGENDA HIJAU JOHOR

  #IskandarPuteri – UEM Group Berhad melalui Yayasan UEM mengambil inisiatif melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan naik taraf jambatan ECO Link di SIREH Park, Iskandar Puteri yang merupakan Taman Rekreasi Komuniti Hijau Bandar Terbesar di Malaysia.   Jambatan ECO Link sebelum ini dikenali sebagai ‘Hill Bridge’ sepanjang 65 meter yang dinaik taraf itu dibina sempena temasya […]

PIBKS JOHOR SOKONG JAWATANKUASA ANTI BULI JOHOR

  #IskandarPuteri – Persatuan Ibu Bapa Komuniti Sekolah (PIBKS) Johor memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri atas inisiatif penubuhan Jawatankuasa Khas Anti Buli di setiap daerah di negeri ini sebagai usaha proaktif dalam membendung gejala buli dengan lebih berkesan.   Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, PIBKS Johor menegaskan bahawa langkah penguatkuasaan […]

JOHOR TUBUH JAWATANKUASA KHAS TANGANI ISU PEMBUANGAN SAMPAH

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengenai isu pembuangan sampah di tempat yang tidak sepatutnya dengan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memperkukuh penguatkuasaan dan membanteras perbuatan membuang sampah secara haram.   Isu yang telah berlarutan sejak sekian lama di negeri ini, kini diberi perhatian serius menerusi jawatankuasa khas […]

JOHOR NEGERI PERTAMA TUBUH JAWATANKUASA KHAS ANTI-BULI

  #IskandarPuteri – Johor tampil ke hadapan dengan penuh komitmen apabila menjadi negeri pertama menubuhkan Jawatankuasa Khas Anti-Buli Negeri Johor sebagai usaha agresif dan bersepadu untuk memastikan masalah buli dapat ditangani dengan lebih berkesan.   Penubuhan jawatankuasa khas berkenaan membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri menjaga keselamatan dan kesejahteraan anak-anak Johor berikutan isu buli yang semakin menular […]

RUMAH KASIH JOHOR, BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN JOHOR

  Kerajaan Johor sentiasa komited untuk terus membantu kesejahteraan rakyat khususnya membabitkan soal perumahan apabila berjaya merealisasikan pelaksanaan Rumah Kasih Johor (RKJ) dengan sehingga kini sebanyak 175 unit kediaman itu sudah siap dibina dan diserahkan kepada penerimanya.   Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM67.5 […]

3,266 MAHASISWA ANAK JOHOR TERIMA SKIM BANTUAN PENDAFTARAN

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) meneruskan komitmen menyediakan pendidikan holistik kepada anak-anak Bangsa Johor menerusi penyerahan Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi fasa dua.   Untuk fasa dua, seramai 3,266 mahasiswa anak Johor menerima bantuan awal untuk pendaftaran bernilai RM500 seorang melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM1.63 juta […]

MASALAH PRASARANA LOT GENERASI KEDUA FELDA AYER HITAM BAKAL BERAKHIR

  #Kluang – Isu prasarana yang membelenggu generasi kedua FELDA Ayer Hitam sejak lebih sedekad lalu bakal berakhir apabila Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif membaik pulih jalan raya, sistem perparitan dan penyediaan lot perumahan di kawasan tanah rancangan berkenaan.   Kerja-kerja pembinaan kemudahan infrastruktur ini dijangka bermula pada September ini, menandakan permulaan kepada penyelesaian menyeluruh […]

FELDA ANAK EMAS KERAJAAN JOHOR

  #Kluang – Kerajaan Johor akan melaksanakan pendekatan turun padang bagi mendengar dan menyelesaikan sebarang isu membabitkan golongan peneroka FELDA dan tidak hanya bergantung kepada laporan rasmi ketua jabatan demi menjaga kebajikan serta kesejahteraan masyarat di tanah rancangan berkenaan.   Sebagai negeri yang mengangkat FELDA sebagai ‘anak emas’, Kerajaan Johor juga mengambil langkah proaktif apabila […]

FELDA JOHOR RAIH 11 ANUGERAH, UNGGULI AKRF 2024

  #IskandarPuteri – FELDA Johor merangkul 11 Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA (AKRF) 2024 pada Majlis Apresiasi Warga Peneroka sempena Hari Peneroka FELDA dan Karnival Mega 3 Dimensi 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.   Daripada keseluruhan anugerah berkenaan, FELDA Bukit Easter dinobatkan Johan AKRF selain turut menerima anugerah lain iaitu […]