Tag Archive for: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

SENTUHAN MODEN KEKALKAN NOSTALGIA PENGUNJUNG ZOO JOHOR

  #JohorBahru – Umum mengetahui Zoo Johor mempunyai keunikan tersendiri kerana menampilkan koleksi haiwan milik Keluarga DiRaja Johor yang memberi nilai sentimental kepada pengunjung dan tidak mungkin diperoleh di mana-mana zoo lain.   Zoo Johor yang dahulunya dikenali sebagai Kebun Binatang telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Johor bagi memberi akses kepada orang ramai untuk […]

PERANCANGAN STRATEGIK BANGUNKAN BANDAR PINTAR

  Negeri Johor berada di dalam landasan tepat bagi mempergiatkan hasrat menjadi peneraju transformasi bandar pintar negara menerusi Pelan Induk Bandar Pintar Johor 2030 yang disifatkan sebagai perancangan holistik dan komprehensif.   Pelan induk yang dilancarkan pada Forum Bandar Pintar Johor (JSCF) 2023 merupakan langkah positif yang turut disahut oleh kesemua 16 Pihak Berkuasa Tempatan […]

JOHOR MAHU JADI JUARA BANDAR PINTAR

  Susulan kejayaan penganjuran Forum Bandar Pintar Johor (JSCF) 2023, PLANMalaysia@Johor bakal mengadakan program Hari Bandar Pintar Johor (JSCD) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada Selasa depan, dalam usaha menjadikan Johor peneraju transformasi bandar pintar negara.   Penganjuran berkenaan bagi TPr Saidin Lateh, Pengarah PLANMalaysia@Johor merupakan kesinambungan kepada program yang berjaya menarik 10,000 […]

SISTEM PARKIR DIGITAL DIPERLUAS KE MPKu

  Sistem pembayaran parkir digital akan dilaksanakan secara berfasa bermula 1 Ogos ini di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).   Pelaksanaan fasa satu sistem digital berkenaan akan membabitkan 3,974 lot parkir daripada 9,478 lot di 101 kawasan yang telah diwartakan seluruh Kulai.   Justeru, pemilik kenderaan boleh memuat turun aplikasi mudah alih PARKMAX@JOHOR bagi […]

TRANSFORMASI KAMPUNG SUNGAI MELAYU

  Berdasarkan sejarah yang diceritakan secara turun temurun, Kampung Sungai Melayu pernah dijadikan sebagai tempat perlindungan tentera Jepun selama kira-kira dua minggu pada tahun 1942 ketika Perang Dunia Kedua kerana kedudukannya yang strategik di kelilingi kawasan paya bakau dan sungai.   Pada hari ini, kewujudan kesan tapak sejarah tentera Jepun ini telah membongkar potensi kawasan […]

MBIP SEDIA JAYAKAN JS-SEZ MENERUSI IPFL

  Pelaksanaan inisiatif Iskandar Puteri Fast Lane (IPFL) selain inisiatif baharu OSC 3.0 Plus daripada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) meletakkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam keadaan bersiap siaga bagi merealisasikan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Pelaksanaan kedua-dua inisiatif berkenaan menjadi langkah proaktif mempersiap dan memperkukuhkan lagi proses serta prosedur pembangunan di kawasan […]

ISU KESESAKAN TRAFIK DAN TINGKAT PELUANG PEKERJAAN JADI KEUTAMAAN

  Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan utama dalam usaha mengurangkan isu kesesakan trafik dan juga meningkatkan peluang pekerjaan.   Iltizam ini disuarakan menerusi Kajian Rancangan Tempatan (RT), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Johor 2035 (penggantian) menjelang tahun 2035.   Antara usaha akan dilaksanakan ialah penggunaan ‘Rail Mode Base’ […]

KEJOHANAN TINJU ‘GOLDEN GLOVES’ 2024 BUKA TIRAI

Kejohanan Tinju Golden Gloves 2024 membuka tirai dengan lakaran sejarah tersendiri apabila Negeri Johor menjadi tuan rumah dan menerima penyertaan 233 petinju dari seluruh negara berhimpun di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri bermula 26 Febuari sehingga 2 Mac ini.   Istimewanya kejohanan anjuran Persatuan Tinju Negeri Johor dengan Kerjasama Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) turut menampilkan […]

THE GREATER JB PACU JOHOR BAHRU BANDAR RAYA PILIHAN DUNIA

  Kerjasama erat empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam ‘The Greater JB’ amat signifikan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan agenda berkenaan seperti dihasratkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.   Kesemua PBT tersebut adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Perbandaran Kulai […]

TRANSFORMASI THE GREATER JB

  10 tonggak utama digariskan bagi memberi tumpuan kepada pelaksanaan The Greater JB kini menjadi fokus empat pihak berkuasa tempatan (PBT).   Empat PBT terlibat ialah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).   Antara usaha yang akan diberi tumpuan utama termasuk […]