TRANSFORMASI THE GREATER JB


Bandar Johor Bahru.

 

10 tonggak utama digariskan bagi memberi tumpuan kepada pelaksanaan The Greater JB kini menjadi fokus empat pihak berkuasa tempatan (PBT).

 

Empat PBT terlibat ialah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).

 

Antara usaha yang akan diberi tumpuan utama termasuk memastikan tadbir urus efisien, memperkukuh imej dan penjenamaan The Greater JB, meningkatkan tahap kebersihan serta aksesibiliti dan mobiliti bandar raya.

 

The Greater JB ini direncana bagi menyelaras kekuatan daya saing empat PBT terlibat dan penyediaan standard infrastruktur serta utiliti yang cekap seperti digariskan dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor