Tag Archive for: maju johor

JOHOR, KBS BINCANG HALA TUJU LAHIR ATLET PELAPIS BERTARAF ANTARABANGSA

  ISKANDAR PUTERI — Hala tuju pemerkasaan pembangunan atlet-atlet pelapis tempatan bertaraf antarabangsa menjadi intipati dikongsikan delegasi Johor diketuai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.   Pertemuan yang berlangsung di Kemboja, sempena temasya Sukan SEA […]

JOHOR TERIMA PELABURAN BERNILAI RM4.5 BILION DARI SYARIKAT REPUBLIK KOREA

JOHOR BAHRU — Negeri Johor menerima pelaburan daripada Korea Selatan bernilai RM4.5 bilion melibatkan 80 projek di Wilayah Iskandar Malaysia dalam tempoh 10 tahun.   Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, kesemua projek itu berjaya mewujudkan 1,700 peluang pekerjaan kepada rakyat terutama dalam sektor kimia yang menjadi […]

KERAJAAN NEGERI SEGERA TANGANI ISU FLAT DAIF DI NEGERI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri menjunjung kasih atas titah DYMM Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk mengambil perhatian dalam isu perumahan flat kos rendah yang daif di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata susulan itu pihaknya telah melaksanakan tinjauan […]

DELEGASI JOHOR BERI SOKONGAN KEPADA ATLET DI KEMBOJA

  ISKANDAR PUTERI — Atlet Johor dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja memberikan sumbangan signifikan dengan meraih pingat buat kontinjen Malaysia dalam temasya tersebut.   Hadir memberikan sokongan kepada atlet Johor dan kontinjen Malaysia amnya di Kemboja adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.   […]

PENDIDIKAN KOMPONEN PENTING REALISASI AGENDA MAJU JOHOR 2030

  JOHOR BAHRU — Bidang pendidikan penting dalam mencorak masa depan Negeri Johor bagi mencapai misi menjadi negeri maju menjelang 2030.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri sudah merencana perancangan untuk mencapai sasaran tersebut dalam tempoh tujuh tahun dari sekarang.   “Di peringkat negeri, memang kita ada cita-cita yang besar. Johor […]

PENYIAPAN PROJEK RESIDENSI PR1MA KOTA TINGGI AMAT BERMAKNA

  KOTA TINGGI — Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan pengurusan PR1MA atas komitmen menyiapkan Residensi PR1MA Kota Tinggi melibatkan 625 unit kediaman yang tertangguh sebelum ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek sakit sejak kira-kira dua tahun yang telah disiapkan sepenuhnya itu disifatkan sebagai amat bermakna.   “Terima […]

CADANG KERJASAMA KRT DAN SKUAD COMBI TINGKAT KESEDARAN WABAK DENGGI – EXCO KESIHATAN

  ISKANDAR PUTERI — Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Program Skuad Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) disaran bekerjasama bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan wabak denggi.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, berkata siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mendapati taman permainan kanak-kanak merupakan antara tempat pembiakan nyamuk […]

255 MANGSA RIBUT KG MELAYU MAJIDEE TERIMA BANTUAN AWAL

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menyalurkan bantuan kepada 255 mangsa kejadian ribut yang melanda Kampung Melayu Majidee, dekat Johor Bahru, minggu lalu.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd Hairi Md Shah berkata, bantuan wang tunai tersebut disumbangkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor, Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Agama Islam Negeri Johor. […]

JOHOR FOKUS PEMBANGUNAN ATLET BERSISTEMATIK

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menitik beratkan dan memantau pembangunan atlet di negeri ini, supaya tidak ketandusan bakat baharu berkualiti serta berdaya saing di peringkat negeri mahupun antarabangsa.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, pembangunan atlet bersistematik sememangnya menjadi kunci kepada kualiti […]

PROGRAM JOHOR BERSIH DITERIMA MASYARAKAT

  JOHOR BAHRU — Inisiatif kerajaan negeri memupuk tabiat penjagaan kebersihan sebagai amalan kehidupan seharian melalui program Johor Bersih mendapat reaksi positif oleh masyarakat.   Program dilancarkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Julai 2022 itu dilaksanakan di negeri ini, dengan hampir 300 tan sampah dipungut dalam tempoh setahun hanya di kawasan Johor […]