WANITA ASET PENTING, MENYUMBANG PEMBANGUNAN NEGERI DAN NEGARA


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail di Majlis Perasmian Penutup Karnival Pesona Johor 2023, hari ini.  | Foto MDJ Wira Anggara

 

Oleh Suhana Mohd Ariffin

 

Golongan wanita merupakan aset penting yang perlu digilap secara optimum bagi membolehkan kumpulan masyarakat berkenaan menyumbang secara aktif dan berkesan kepada pembangunan negeri mahupun negara.

 

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail memaklumkan isu berkaitan hak dan kebajikan menjadi antara agenda penting bagi memperhebatkan golongan terbabit.

 

Kerajaan Negeri sentiasa komited menerusi perancangan dan hala tuju untuk memperkasa dan memberdaya wanita di negeri ini, sejajar dengan Teras Ketiga : Jaringan Keselamatan Sosial di bawah Agenda Maju Johor.

 

Usaha memperkasa dan memberdaya wanita di Johor penting bagi mengiktiraf peranan dan penglibatan dalam pembangunan negeri, mengelakkan pembaziran modal insan serta memastikan wujud keadilan gender dalam masyarakat.

 

Dalam Belanjawan Johor 2024, Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM1.7 juta bagi melaksanakan dua inisiatif utama iaitu pemberdayaan wanita dan golongan sasar serta pemberdayaan dan kelestarian wanita Negeri Johor.

 

Terdahulu, Khairin-Nisa menyempurnakan perasmian penutup Karnival Pesona Johor 2023 bertemakan Pesona Wanita Inspirasi anjuran Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) di Kompleks Sukan Educity.

 

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajan Johor (Pemantauan Projek & Kesejahteraan Rakyat), Shubanah Yusuf; Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, Noor Faezah Md Esa serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor, Mohamad Hapil.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor