ENAM PULAU DI MERSING DITUTUP SEMENTARA UNTUK PEMULIHARAAN BIODIVERSITI MARIN

Aktiviti selam skuba, snorkeling dan island hopping di enam pulau perairan Mersing dihentikan sementara waktu melibatkan resort, chalet, bot pelancong serta pusat selam skuba. | Foto arkib MDJ
#IskandarPuteri – Semua pengusaha resort, chalet, bot pelancong dan ‘island hopping’ serta pusat selam skuba diminta memberhentikan semua aktiviti selam skuba, ‘snorkeling’ dan ‘island hopping’ untuk sementara waktu di enam pulau di perairan Mersing.
YBhg. Tuan Haji Jamil Hasni Abdullah, Pegawai Daerah Mersing dalam satu notis pemberitahuan memaklumkan arahan berkuat kuasa serta merta itu untuk memberi ruang kerja-kerja pemuliharaan biodiversiti marin dan alam sekitar di kawasan kepulauan tersebut.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah Mersing memberitahu pulau-pulau berkenaan adalah Pulau Harimau, Pulau Gual, Pulau Mensirip, Pulau Mertang Timur, Pulau Mertang Barat dan Pulau Mertang Tengah.
Selain itu, tindakan tegas juga akan diambil sekiranya didapati berlaku pelanggaran arahan penguatkuasaan yang dikeluarkan di samping pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan oleh pihak berkuasa di kawasan kepulauan terlibat.
Mersing terletak di pantai timur Johor terkenal dalam kalangan pengunjung dari dalam mahupun luar negara dengan keindahan gugusan pulau berserta aktiviti rekreasi laut yang menjadi tarikan pelancongan terdapat di negeri ini.
#JohorSafeZone
#MesmerisingMersing
#NotisPenutupan
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor