EXCO KERAJAAN JOHOR BUAT KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT MENTERI


XCO Kerajaan Johor, Ling Tian Soon mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang | Sumber Facebook Ah Soon.

 

ISKANDAR PUTERI — EXCO Kerajaan Johor, Ling Tian Soon mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Kunjungan tersebut membuka ruang serta peluang kepada Tian Soon dan Aaron untuk saling berkongsi dan berbincang mengenai isu perpaduan di negara ini.

Di samping itu, Tian Soon turut berkongsikan usaha Kerajaan Johor dalam mempromosikan semangat ‘Bangsa Johor’ dan inisiatif untuk terus mengaplikasikan perpaduan di kalangan Bangsa Johor.

“Saya juga menjemput Menteri Perpaduan datang ke Johor untuk hadir ke program komuniti yang akan datang.

“Semoga kehadiran Yang Berhormat Menteri ke Johor dapat menguatkan hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya seperti dipetik dari Facebook rasminya, hari ini.

Tian Soon turut mengambil kesempatan memaklumkan kepada Aaron supaya peruntukan bagi Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) diteruskan.

“Peruntukan ini dapat membantu RISI menjaga rumah ibadat mereka dan Kerajaan Johor menyokong penuh peruntukan ini diteruskan.

“Kami juga berbincang akan konsep dan aktiviti yang boleh diaplikasikan oleh Menteri Perpaduan pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau menzahirkan harapan agar perpaduan di Malaysia khususnya di Johor terus berkembang pada tahun hadapan.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor