FASILITI TMIYC PASIR GUDANG BERI KESELESAAN

Fasiliti Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#PasirGudang – Fasiliti serba lengkap yang tersedia menjadikan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang ‘port sukan’ pilihan Orang Muda Johor dan komuniti setempat terutama sekitar Pasir Gudang untuk melakukan pelbagai aktiviti sukan, latihan serta rekreasi.
Antara kemudahan yang terdapat di TMIYC Pasir Gudang termasuk padang ragbi, wall climbing, ruangan e-Sport, surau, tempat makan, gelanggang padel, taman permainan serta beberapa kemudahan lain.
Hazaadzim Adanan, 43, jurulatih ragbi menyifatkan kemudahan TMIYC Pasir Gudang adalah sangat baik kerana keadaan padang antara yang paling selesa untuk menjalani sesi latihan dan menganjurkan acara sukan berkenaan.
Bagi Muhammad Al Basri Mustaffa, 36, jurulatih ‘Wall Climbing’ pula memberitahu fasiliti tembok tiruan di TMIYC Pasir Gudang memberi peluang kepada peminat sukan itu merasai pengalaman sebenar dan mencabar keupayaan diri dalam persekitaran selamat.
Kemudahan yang disediakan dan sokongan berterusan Kerajaan Negeri menerusi pusat belia berkenaan dapat menggalakkan penglibatan Orang Muda Johor untuk berkumpul serta menjalankan pelbagai aktiviti sukan.
Karnival TMIYC Pasir Gudang berlangsung di Dataran Mahkota, Pasir Gudang bermula 23 hingga 25 Mei ini, menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk demonstrasi sukan, pameran jabatan dan agensi kerajaan, permainan interaktif serta persembahan pentas.
#TMIYCPG
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor