FCSFZ PACU PERTUMBUHAN EKONOMI SERANTAU


Forest City.

 

Penubuhan Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ) disifatkan sebagai tepat pada masanya ketika Johor bersedia memanfaatkan kemudahan infrastruktur serta lokasi strategik dalam mengukuhkan peranan sebagai hab kewangan dan ekonomi di Asia Tenggara.

 

Berkongsi keterujaan terhadap potensi dimiliki FCSFZ, Dato’ Idzham Mohd Hashim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB) yakin zon khas berkenaan mampu memacu pertumbuhan ekonomi rantau ini selain mengukuhkan hubungan Johor dan Singapura.

 

Malah, FCSFZ bakal menarik pelaburan bernilai tinggi melalui pelbagai insentif diumumkan minggu lalu termasuk kadar cukai korporat konsesi dari 0 hingga 5 peratus, kadar cukai pendapatan rata 15 peratus untuk pekerja berkemahiran, selain proses pantas pemeriksan imigresen di pintu sempadan.

 

Insentif disediakan di bawah FCSFZ akan menjadikan Johor sebuah destinasi menarik untuk syarikat multinasional dan institusi kewangan global meluaskan pelaburan sekali gus menjana peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi dalam sektor perkhidmatan kewangan, teknologi dan logistik.

 

IIB juga akan memainkan peranan strategik sebagai pemaju induk menerusi pelbagai projek dilaksanakan termasuk Tech Medini dan GBS Iskandar @ Medini bagi mewujudkan kluster perniagaan baharu dan memacu pelaburan menjadikan Iskandar Puteri sebagai hab teknologi dan inovasi.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor